Salam.
Walaupun hari Valentine's day sudah lama berlalu, tetapi belum terlambat untuk saya mengupas sedikit-sebanyak tentang hari yang digelar dengan hari kasih-sayang ini.
Saya cukup yakin ramai sahabat-sahabat yang lain telah menulis isu Valentine's day ini dengan lebih terperinci, dengan sejarahnya, dengan sambutannya, dengan kesannya dan pelbagai lagi. Saya pula akan mengambil satu juzuk kecil tentang isu valentine's day ini yang mana ada kaitan dengan sambutan tahun baru.
Apa persamaannya? Persamaanya adalah kedua-dua hari ini adalah hari yang paling malang bagi umat Islam terutamanya kita yang bergelar remaja. Penzinaan berlaku dengan meluas tanpa ada sekatan. Kalaulah ditakdirkan bala turun, pada waktu inilah saya rasa paling sesuai lantaran manusia sedang asyik berseronok dengan dunia. Waktu paling teruk dan paling menjijikkan kerana seluruh dunia sedang bermaksiat kepada Allah SWT.
Selepas berlaku penzinaan, inilah hasilnya. Lahirlah anak-anak luar nikah dan statistik ini akan meningkat sekitar bulan September dan keatas kerana apa? Kerana sudah cukup 9 bulan janin dikandung, maka untuk menghilangkan rasa malu, maka anak-anak ini akan dibuang di merata tempat.
Takut pula bilamana saya mengenangkan bayi-bayi ini akan bangkit dari kubur untuk mencari siapakah ibubapanya.
Adakah anda sebahagian dari statistik durjana ini?
sedihnye...kenapa mereka kejam sgt..huhu
BalasPadamsebab mereka tidak mempunyai hati dan juga perasaan...
BalasPadamKalau firaun hidup pon,firaun pon kata orang zaman sekarang lagi teruk. Zaman firaun hanya anak-anak lelaki dibuang tetapi pada masa sekarang, anak lelaki dan perempuan juga dibuang oleh mereka.
Umat akhir zaman.
kasihan melihat kpd anak2 kecil ini yg tidak berdosa..tiada lagikh sekelumit rs insani pd mereka yg mlahirkn bayi ini??menangis hati ini melihat bayi2 dibuang merata tempat dan lebih dahsyat lg dibiarkan dihurung dgn keregga dlm keadaan tali msh dipusat dan dibuang di dpn msjid..Ya Allah ampunilah dosa2 mereka, bukaknlah pintu taubat utk mereka & kuatkn jg hati para pejuangMU utk berdakwah.
BalasPadamlantas diri ini terfkir sjauh manakah dakwah yg dah aku laksanakan?? ujian utk kta sebenarnya bg yg bergelar dai'e..semoga Allah tetapkn ht kta uk terus mncegah kpd kmungkaran & mnyeru kpd kbaikan..amiin..