Khamis, 6 Oktober 2011

Buah dan tidur

Assalamualaikum..

Kali in Penulis mahu berkongsi tentang jurnal kesihatan yang dibaca untuk perkongsian bersama. Mungkin boleh menambahkan ilmu pengetahuan dan juga boleh diamalkan selepas ini. Untuk entry yang pertama di bawah tajuk info kesihatan ini, Penulis mahu berkongsi tentang penemuan-penemuan saitifik iaitu berkenaan dengan buah dan juga tidur. Pelik juga tajuk, macam tak ada kaitan je =.='....entah, tak penting pun, Penulis pun x tahu apa kaitannya.



Tanpa membuang masa, info kesihatan yang ingin dikongsi ialah "Buah-buahan putihkan gigi" dan juga "Mimpi ngeri sebab tidur lewat"

Buah-buahan putihkan gigi


Ramai yang diantara kita mahu gigi kelihatan cantik dan putih bersinar-sinar ketika senyum. TETAPI, malangnya tidak sebegitu. Gigi kuning betul-betul mencacatkan permandangan ketika kita senyum itulah suruh gosok gig sebelum tidur malas, nak-nak tiap-tiap hari nak hisap rokok.


Menrut soal selidik yang telah dijalankan oleh Akademi Pergigian KOsmetik Amerika (ACCD), ramai penduduk US lebih mempercayai produk kesihatan dan bahan kimia untuk mencantikkan gigi tetapi teknik sebegitu ternyata sekali mempunyai risikonya (dah mcam indonesia la pula). Teknik terbaik memutihkan gigi ialah mengambil buah-bihan dan juga produk tenusu.

Epal, kacang hijau, kobis, lobak merah, dan buah-buahan segar lain boleh membantu memutihkan gigi. Buah-buahan dan sayuran itu mampu meninggalkan sisa-sisa makanan yang melekat pada gigi selain bertindak mengurut struktur gusi. Kandungan enzim dalam buah straberi juga menolong memutihkan gigi manakala asid laktat yang terkandung dalam keju dan yogurt membantu mencegah gigi berlubang. Jadi kesimpulannya makanlah buah-buahan yang halal lagi baik sesuai dengan surah Al-Baqarah ayat 186:



Mimpi ngeri sebab tidur lewat

Semua manusia pasti pernah bermimpi, tidak kiralah lelaki(wajib) mahupun perempuan. Kadang-kala kita bermimpi yang enak-enak dan menyeronakkan tetapi ada juga yang mimpi buruk. Sebab utama yang biasa kita dengar tentang mimpi buruk ialah sebab kita tidak basuh kaki (Wallualam) tapi kali ini kita lihat pula dari sudut saintifik. Kesimpulan yang dibuat oleh pengkaji dari Turki yang melakukan tinjauan ke atas 264 lelaki dan juga wanita mengenai tabiat tidur dan mimpi yang mereka alami telah menyimpulkan (peliknya ayat) tidur lewat atau berjaga malam memfaktorkan seseorang bermimpi buruk.

 

Menurut laopran itu juga,  mereka yang bermimpi buruk adalaha mereka yang sering berjaga hingga lewat malam dan susah bangun awal di waktu pagi, 70% lebih tinggi berbanding mereka yang tidur cukup dan bangun awal pagi.

Para pengkaji juga mendapati orang yang gemar berjaga malam lebih sukar untuk tidur semula selepas terjaga daripada mimpi ngerinya itu. Walaubagaimanapun, para pengkaji masih belum mengetahui alasan yang jelas tetapi mengandaikan ia disebabkan stres.

"Orang yang sering berjaga malam akan memiliki kadar hormon stres yang tinggi dan menganggu cara otak menyimpan memori sepanjang fasa tidur. Ini menyebabkan otak mentafsir memori sebagai mimpi yang menakutkan" kata Yavuz Selvi, pengkaji dari Universiti Arizona, US.


Mesti lepas kita bermimpi, kita akan pergi cari internet. Sebab apa? Sebab nak google "tafsir mimpi" hehe.... terpulang samada mahu percaya ataupun tidak, tapi jangan sampan syirik sudey sudah. Dalam Islam juga kita diajar untuk membaca doa ini:


Tapi bagi mereka yang tidak pandai membaca,bolehlah klik disini, sebab boleh mendengar bacaannya sekali.


p/s:So, mudah-mudahan kita boleh amal dan juga kita sebarkan ye apa yang telah dibaca








Tiada ulasan:

Catat Ulasan