Ahad, 25 Julai 2010

Kebaikan Hitler yang tidak diketahui


Salam..

Mungkin apa yang ingin saya sampaikan ada yang kurang berpuas hati atau tidak setuju tetapi niat saya hanya ingin membuka pandangan atau pemikiran kita agar kita menerima maklumat bukan hanya dari sebelah pihak semata-mata, tetapi menerima maklumat dari semua pihak dan menganalisis secara detail, dan bukannya menerima bulat-bulat apa yang telah diperkatakan.

Isnin, 19 Julai 2010

MSU terus gah melangkah!!


Alhamdulillah, ucapan yang harus kita ucapkan. Dulu ramai yang tidak kenal MSU.Persoalan yang sering ditanya bilamana kita beritahu kita sedang belajar di MSU. "MSU.Apa tu? Malaysia....." tidak pon bilamana kita beritahu belajar di Shah Alam, jawapan yang akan kita terima ialah " belajar kat uitm Shah Alam ke?"

Sekarang saya pasti ramai yang akan kenal bilamana kita menyebut MSU. Tempat yang kita wakafkan diri untuk selama 3 tahun dalam menimba ilmu, jangan sesekali kita lupa akan jasanya.

Termasuk didalam kelompok Excellent memang sesuatu yang harus dibangga lantaran MSU baru sahaja dalam bidang pendidikan tinggi ini berbanding kolej-kolej private yang lain yang sudah lama bertapak di dalam negara kita dan juga yang sudah dikenali ramai sebelum ini.

Tetapi harus diingat,kecemerlangan individu bukan hanya sekadar kecermelangan akademik semata-mata tetapi kecemerlangan sahsiah dan juga jati diri juga penting. Biarlah seiring dan sejalan. Jangan tinggalkan kecemerlangan sahsiah dan juga jati diri semata-mata untuk mengejar kecemerlangan akademik. Saya yakin seorang individu itu akan lebih hebat dan terbilang bilamana mampu untuk menonjol di dalam akademik dan juga sahsiah jati diri.

Proud to be MSUian.

Rabu, 14 Julai 2010

Cakap tak serupa bikin

Assalamualaikum wbt

Mungkin agak kasar tajuk yang diatas. Tetapi itulah yang boleh saya ibaratkan kepada mereka yang saya rasa memang sesuai diibaratkan sebegitu. Kecewa bilamana saya mengetahui banyak program PMIMSU telah panding dengan alasan yang tidak munasabah dan juga pelbagai perkara yang berkaitan dengan PMIMSU yang sentiasa dipandang salah dimata mereka.
Masalah birokrasi dari pihak tertentu yang saya rasa semakin mengarut semakin menjadi-jadi kebelakangan ini. Bermula dengan isu poster, rungutan pegawai kerana bilangan program yang terlalu banyak yang dianjurkan oleh PMIMSU hinggalah ugutan mahu membubarkan PMIMSU, Semua karenah birokrasi ini sememangnya tidak sepatutnya terjadi lebih-lagi setiap prosedur yang telah ditetapkan oleh mereka telah dipenuhi sebaik mungkin oleh kami.
Isu penampalan poster di blok-blok sekitar MSu ini sering kali diperkatakan dan menjadi kekeliruan di kalangan kami sendiri. Kami difahamkan bahawa tidak dibenarkan sama sekai untuk menampal poster di board-board berwarna merah di sekitar dinding di tingkat 4,5,6 dan 7. Bahkan kami pernah diugut untuk membubarkan PMIMSU jika kami menampal poster di board tersebut. Hanya dibenarkan untuk menampal di board tingkat 3 sahaja. Apa yang menjadi persoalan saya, mengapakah kelab dan persatuan lain boleh menampal poster di board merah sedangkan PMIMSU lansung tidak dibenarkan untuk menampal pada board yang sama? Mengapa arahan ini hanya dikhususkan kepada PMIMSU sahaja? Kalau benar arahan ini kepada semua kelab dan persatuan, mengapa sampai sekarang tiada tindakan diambil kepada mereka? Atau kelab atau persatuan diberikan keistimewaan atau kebenaran tertentu untuk menampal tetapi tidak diberikan kepada PMIMSU? Saya mempunyai bukit menunjukkan terdapat persatuan dan juga kelab menampal pada board merah itu sehinggalah artikel ini ditulis. Saya rasa tidak salah diberi kebenaran kepada semua kelab dan persatuan untuk menampal poster di board tersebut. Bukankah itu lebih baik jika dibandingkan menampal poster didinding?
Isu GEMS pula seringkali didendang oleh pihak pengurusan dan juga pihak tertentu,. Kononnya mahu setiap mahasiswa melibatkan diri dengan pelbagai program yang boleh membina jati diri. Tetapi sebaliknya berlaku, kami dah susun pelbagai program dan juga aktivit tetapi hampir kesemua proposal tersebut telah panding. Kami sudah mengetahu. Kalau proposal terlalu lama panding, proposal kami itu akan ditolak tanpa sebab yang munasabah atau lansung tidak ada alasan. Sebagai contoh program Kuliyah Fiqh wanita dan juga kuliyah mingguan yang penceramahnya dijemput khas dari JAIS telah ditolak tanpa ada alasan yang kukuh. Saya tidak begitu hairan mengapakah program berbentuk keagamaan terlalu sukar untuk diluluskan. Itulah petanda umat akhir zaman. 
 Program hiburan dan lagha terlalu diagungkan-agungkan, Program berbentuk kemegahan nama sering kali dibuat secara besar-besaran(contoh Malaysia Book of record) tetapi program yang membentuk jati diri muslim sering kali diabaikan. Selalu alasan cenderahati dibuat alasan supaya program berbentuk ceramah atau talkshow atau program kuliyyah ditolak. Saya mahu bertanya kepada anda, terlalu mahal ke untuk membayar cenderahati kepada penceramah sebanyak rm300 berbanding memanggil artis Anuar Zain untuk membuat persembahan sempena dinner MSU yang menelan belanja hampir berpuluh ribu ringgit. Jangan ingat saya tidak tahu tentang perkara dalaman yang berkaitan dengan MSU. Jika benar isu bayaran kepada penceramah menjadi alasan, kami rela menggunakan duit kami asalakan program tersebut dapat dijalankan. Tetapi seperti biasa, alasan yang lain pula ditimbulkan (sedangkan dulu tidak pula timbul isu baru ini) dan perkara ini sudah banyak kali terjadi.Janganlah terlalu mengejar kemewahan dan juga kemahsyuran sehingga sanggup menganaktitikan program berbentuk keagaamaan. 
Yang menyedihkan saya program kami ini tidak diluluskan oleh orang yang sama akidah dan bertuhan tuhan yang Esa. Itu yang paling menyedihkan. Tidakkah mereka memahami Firman Allah SWT : “Bertolong-tolonglah kamu dalam berbuat kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu tolong menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertaqwalah , kepada Allah, karena sesungguhnya Allah sangat berat siksanya” (QS. Al-Maidah: 2)
Sudah jelas lagi bersuluh, ayat tersebut menyuruh bahu membahu dalam perkara yang baik tetapi sebaliknya berlaku. Sangat menyedihkan.Ingatkan bilamana orang atasan beragama Islam,mudah untuk diadakan program kerohanian, tetapi sebaliknya berlaku.Itulah dunia. Dunia sudah terbalik. Terlingkup. Agama diketepikan, dunia, kemahsyuran dan pangkat menjadi rebutan.
Bahkan ada juga dikalangan anak buah saya telah dimarahi oleh pegawai scd kerana terlalu aktiviti mahu diadakan hingga membuatkan dia merasa ‘tension’. Jawapan saya “ saya tidak kisah kamu jika kamu tidak mahu menjadi pegawai yang menguruskan kami, kamu boleh mencari kelab dan persatuan yang tidak aktif dan menunggu gaji buta sahaja pada setiap hujung minngu. Maka kamu tidak akan tension lagi lepas ini”. Saya hairan betul, apa tujuan ditubuhkan persatuan atau kelab. Apakah hanya sekadar nama sahaja tetapi tidak aktif. Dia memarahi kami disebabkan banyak program yang kami mahu adakan? Pelikkan dengar tu. Kebiasanya persatuan akan dimarah sebab tidak ada program tetapi sebaliknya kami dimarah sebab terlalu banyak program sehingga menyebabkan pegawai tersebut tension. Dunia sudah terbalik. Terlingkup. Agama diketepikan, dunia, kemahsyuran dan pangkat menjadi rebutan.
Kamu harus merenung apa yang telah Baginda nabi sabda:
"Nabi Muhammad s.a.w. bersabda (yang bermaksud): "Sesungguhnya diantara manusia itu ada yang menjadi pembuka untuk kebaikan dan penutupan dari kejahatan, dan ada juga manusia yang menjadi pembuka kejahatan dan penutupan kebaikan, maka sesungguhnya untung bagi orang yang dijadikan Allah s.w.t. sebagai pembuka kebaikan dan binasa bagi yang dijadikan Allah s.w.t. pembuka kejahatan itu ditangannya." (riwayat Anas)
Huszaifah ra.a berkata: "Nabi Muhammad s.a.w. bersabda (yang bermaksud) Demi Allah yang jiwaku ada ditangaNya, kamu harus melakukan amar maruf dan nahi mungkar atau jika tidak melakukan itu bererti sudah hampir Allah akan menurunkan siksa kepadamu, kemudian kamu berdoa maka tidak diterima oleh."
“Dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah).” (QS. Luqman: 17)

Isnin, 12 Julai 2010

Membaja budaya membaca dalam diri


Alhamdulillah, walaupun ketika membeli buku ini, saya sudah agak kekempisan duit, tetapi saya telah nekad mahu tidak mahu nak juga beli buku di pesta buku yang diadakan baru-baru ini di PKNS.

 Mungkin ramai nak tahu kenapa saya membeli buku-buku ini. Buku yang pertama bertajuk Quranic Leadership seni memimpin gaya Islam. Teringin juga bagaimana ciri-ciri pemimpin yang berlandas kitabullah ini, mahu tahu adakah diri ini mempunyai ciri-ciri yang tersebut dalam buku tersebut. Buku yang kedua ialah 360 leader. Mungkin ramai yang sudah mempunyai ataupun sudah membaca buku karangan John C. Maxwell. Beliau banyak menulis tentang buku berorientasikan kepimpinan. Saya sengaja membeli buku ini kerana mahu membandingkan dengan buku yang pertama, mengadunkannya dan mengamalkannya. InsyaAllah mahu melihat hasil experiment yang dijalankan keatas diri ini berjaya ataupun tidak menjadi seorang pemimpin.

Dan buku yang ketiga ialah Neraka Will bagi orang yang solat. Sebenarnya banyak banyak buku mengenai solat telah saya beli, kerana bagi saya solat adalah perkara yang sangat penting dalam kehidupan kita dan merupakan perkara yang mebezakan kita orang Islam dan juga Kafir. Anda solat tetapi anda masuk neraka. Mahu tahu kenapa? belilah buku ini (promote sekejap) ataupun boleh pinjam dengan saya. Sik da masalah (bahasa Sarawak)


Harap ada masa untuk membaca kesemua buku ini. Semesta ini sangat busy dengan reserch project, assignment dan juga aktivit PMIMSU.Moga dipermudahkan.Amin.

Selasa, 29 Jun 2010

Jom datang!!





SEMUA DIJEMPUT HADIR..

AGENDA:
SESI PERKENALAN DENGAN PIMPINAN BARU PMIMSU 10/11
TAYANGAN SLIDE SHOW
CABUTAN BERTUAH
JAMUAN


Sabtu, 29 Mei 2010

Ucapan Dasar Muktamar sanawi PMIMSU kali ke-6


UCAPAN DASAR

Presiden PMIMSU SESI 2OO8/2O09

SEMPENA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-6

“PEMANTAPAN THAQAFAH MERENCANA KEBANGKITAN MAHASISWA”



Ahad, 16 Mei 2010

Penjelasan tentang isu parking kereta

Salam

Isu ini sebenarnya baru sahaja berbangkit setelah kampus baru boleh digunakan (walaupun tidak siap sepenuhnya lagi). Khabar angin terus menerus bertiup di telinga kawan-kawan kita terutamanya mereka yang mempunyai kereta. Saya berharap agar MPP atau SRC memainkan peranan yang sewajarnya dalam mengatasi masalah ini, tetapi sehingga sekarang masih lagi tidak nampak peranan yang dimainkan oleh SRC samada memberi penjelasan secara terbuka ataupun kenyataan rasmi berhubung dengan isu ini. Mungkin juga mereka terlalu sibuk atau sebagainya, itu tidak dapat saya huraikan. Saya berharap agar SRC dapat menjadi orang tengah dalam menyelesaikan isu ini.

Isnin, 10 Mei 2010

Senyumku sendirian........

Assalamualaikum

Alhamdulillah, dengan rasminya bangunan baru MSU telah pun boleh digunakan. Kagum? ya sudah semestinya saya kagum dan juga bangga dengan adanya bangunan baru ini. Di mana-mana saja mesti ada kawan-kawan saya berposing di bangunan baru. Kalau tidak percaya, lihatlah di facebook. Gembira dan lucu pula. Biasalah bila orang dapat sesuatu yang baru, kadar 'keexcitedan' semakin membara bak gunung berapi Krakatau sedang menghembuskan lava. Tersenyum juga saya sendirian melihat student-student dan juga lecturer umpama menyertai program explorace, terkejar ke sana ke mari, sesat dan muka kepenatan menaiki tangga tetapi saya yakin semua kepenatan itu hilang umpama ditiup hembusan angin Pantai Batu Buruk, kerana gumbira mendapat wadah perjuangan ilmu yang baru.


Sebelum itu, saya juga ingin mengingatkan kepada sahabat-sahabat dan juga lecturer tentang keselamatan. Masih banyak lagi tempat yang belum siap sepenuhnya. Jauhilah tempat tersebut demi keselamatan anda. Dan juga khusus untuk wanita, walaupun saya tidak suka untuk bersikap prejudis, tetapi jangan lupa keselamatan diri anda khususnya dengan pekerja-pekerja binaan. Jangan cuba menaikan semangat dan hembusan nafas mereka dengan berjalan berseorangan di sana. Dengan keluasan 1.5 juta kaki persegi, anda bisa 'hilang' dalam ramai.


Ramai juga orang diluar sana yang bertanya pendapat tentang MSU ini. Jika anda bertanya kepada saya wajarkah anda memasuki MSU, saya tanpa membuang waktu memeluk anda sebagai ahli keluarga MSU. Silalah masuk dan mendaftar dengan MSU, (jangan lupa mendaftar sebagai ahli PMIMSU juga) jangan ragu dan cagu memilih univercity of choice ini. Memang benar tidak semua instituisi pendidikan semuanya sempurna, hatta IPTA sekalipun, ada juga kekurangannya (teringat berita UNIMAP tidak mendapat MQA dalam beberapa kos yang ditawarkan). Bahkan saya secara personal mengagumi sikap dan perhatian yang diambil oleh pihak management dalam menangani sebarang isu yang ditimbulkan. Bahkan kritikan-kritikan dan cadangan-cadangan saya sebelum ini juga dipandang serius oleh pihak management dan juga SCD serta SRC. Two thumbs up!! dengan anugerah APEC yang telah diterima ( hanya ada 2 buah university swasta mendapat anugerah APEC di Malaysia, salah satunya ialah MSU) dan juga deretan-deretan anugerah Malaysia book's of record, sudah terbukti MSU memang wajar diberi nama nick name My Sweet Univercity.

Ada juga yang bertanya, Halim ni asyik mengkritik MSU je dalam post sebelum ini ,ini jawapan saya "saya sayang MSU, sebab itulah saya mengkritik.Tiada niat yang lain. Saya tidak dapat apa pun. Cuma saya mahu melihat MSU terus cemerlang, gemilang dan terbilang sebagai wadah untuk menuntut ilmu di Malaysia".

Proud to be MSUian.


Ahad, 9 Mei 2010

1 Malaysia 1 Judi

Assalamualaikum...

apa yang nak jadi dengan kerajaan Malaysia, negara kita yang bangga dengan jolokan negara Islam. Tidak terfikir di fikiran ini bahawa kerajaan ingin membenarkan perjudian berdasarkan sukan di negara kita. 

Kerajaan akan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein, berkata jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.

"Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram).

"Kerajaan sedang mengkaji perkara ini dan akan memutuskannya jika mahu membenarkan pertaruhan kerana kejohanan Piala Dunia ini semakin hampir," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Awang Adek berkata, jika lesen itu dikeluarkan, kerajaan dapat mengawal aktiviti perjudian, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini.
Beliau mengakui sudah ada pihak yang membuat permohonan untuk mendapatkan lesen itu tetapi beliau enggan mendedahkan lebih lanjut maklumat itu sehingga kerajaan membuat keputusan mengenainya.

Terdahulu, isu itu dibangkitkan pada sesi soal jawab oleh Senator Ng Fook Heng yang mahukan penjelasan kemungkinan kerajaan mengeluarkan lesen pertaruhan kejohanan Piala Dunia untuk mengelakkan perjudian haram.

Awang Adek berkata, kerajaan memandang serius aktiviti perjudian tanpa lesen yang membabitkan pertaruhan nombor ramalan, permainan mesin slot dan pertaruhan membabitkan bookie bagi permainan bola sepak dan permainan lain.

"Aktiviti perjudian tanpa lesen adalah aktiviti yang boleh mewujudkan kegiatan sampingan lain seperti peminjam wang tanpa lesen, jenayah terancang, penyeludupan dan pengubahan wang haram.

"Oleh itu sebagai sebuah kerajaan yang prihatin terhadap rakyatnya, kerajaan akan memberi pertimbangan sewajarnya dan sebarang langkah perlu dilakukan secara berkesan bagi menangani masalah bookie tanpa lesen termasuk membenarkan pertaruhan bookie bola sepak dilaksanakan melalui perlesenan sah," katanya.

- Bernama
  

Mereka bertanya engkau (wahai Muhammad) tentang arak dan judi.
Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa (keburukan) yang besar dan manfaat
kepada manusia. Namun dosa (keburukan) keduanya lebih besar dari
manfaatnya” (Surah al-Baqarah ayat 219).


Bersetujukah anda dengan  cadangan ini?

Khamis, 29 April 2010

Kenyataan rasmi PMIMSU tentang Isu adik Aminulrashid Amzah

Assalamualaikum.

Pertama sekali kami dari pihak PMIMSU ingin mengucapkan takziah kepada keluarga arwah Aminulrasyid Amzah diatas apa yang telah berlaku. Sesungguhnya berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya.

PMIMSU berpendirian bahawa kes ini mestilah diselesaikan secara telus dan adil bagi memastikan perkara seperti ini tidak menjadi polemik kepada masyarakat kita. Tidak dapat dinafikan peranan dan sumbangan pihak polis dalam menjaga keselamatan negara dan rakyat Malaysia tetapi beberapa perkara serta isu telah menjejas imej dan kredibiliti pihak polis. Isu rasuah, kematian Kugan ketika berada dalam tahanan polis, tindakan polis menembak seorang ibu tunggal, Norizan Salleh tanpa sebab yang kukuh dan yang terbaru kematian adik Aminulrasyid Amzah telah menyebabkan rakyat semakin kurang percaya kepada pihak polis. Sekiranya pihak polis tidak berusaha untuk menyelesaikan perkara ini, tidak mustahil rakyat akan terus tidak mempercayai dan ragu-ragu tentang kredibiliti pihak polis.

Yang kedua, PMIMSU juga berharap agar pihak media massa tidak melanggar etika kewartawanan dengan menyebarkan kenyataan yang tidak berfakta dan tidak tepat. Dalam isu ini, kami berasa sangat kecewa dengan beberapa kenyataan dari beberapa akhbar perdana yang telah menyiarkan sesuatu yang kami boleh menganggap sebagai satu fitnah kerana pihak keluarga mangsa telah menafikan apa yang telah ditulis oleh pihak akhbar tersebut. Mereka juga meminta agar pihak media dan masyarakat untuk tidak melaporkan yang bukan-bukan tentang arwah adik Aminulrasyid Amzah. PMIMSU bersetuju dengan permintaan keluarga mangsa kerana kami beranggapan bahawa ia akan memporak perandakan lagi isu ini sehingga menambahkan lagi kesengsaraan yang telah dialami oleh keluarga mangsa.

Lihat disini untuk melihat sidang media oleh keluarga mangsa


Sekali lagi kami PMIMSU berharap agar pihak polis didalam menyelesaikan masalah ini biarlah secara telus dan tanpa memilih bulu serta dapat menyelesaikan isu ini secepat yang mungkin agar pihak keluarga mangsa mendapat pembelaan yang sewajarnya.


Presiden PMIMSU 08/10
Mohamad Halim bin Mohamad Shariff

Selasa, 27 April 2010

Polis semakin kejam

Assalamualaikum.

Berita yang sangat menyedihkan berlaku bilamana seorang remaja berusia 15 tahun telah ditembak oleh pihak polis.Yang menyedihkan ialah bagaimana media arus utama telah memutarbelitkan fakta dengan mengatakan bahawa remaja tersebut merupakan seorang penyamun dan banyak lagi yang membenarkan polis sewenang-wenangnya membunuh nyawa manusia.
inilah adalah berita dari arus perdana yang banyak memutar belit fakta.

ini pula dari Malaysiakini

kenyataan oleh ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad tentang isu ini

ini pula luahan rasa kecewa ahli keluarga mangsa

anda nilailah sendiri dengan akal yang dianugerahkan oleh Allah swt dalam menilai yang mana hak dan yang mana batil.

Jom beri sokongan kepada ahli keluarga mangsa dengan join group ni di facebook.


Khamis, 1 April 2010

Tidak bolehkah Kelantan anjur Jom Heboh?

Salam.

Sudah banyak kali pertanyaan mengenai Jom heboh yang pertama kali diadakan di Kelantan ditanya kepada saya. Isu ini menjadi polemik kepada sesetengah golongan unutk dijadikan isu politik murahan. Mudah-mudahan dengan sedikit pencerahan yang tidak seberapa dari saya ini mampu mengungkai segala persoalan yang bersarang di fikiran.

Saya berpendapat Jom Heboh dikategorikan sebagai haram kerana 2 perkara iaitu penganjuran konsert yang bercampur antara lelaki dan perempuan tanpa batasan dan juga nyanyian penyanyi wanita yang haram didengar oleh bukan muhrim ( pendapat yang tegas dari segolongan ulama' ). Sebab itulah Jom Heboh dikategorikan sebagai haram.


Perkara yang haram tidak boleh sama sekali bercampur dengan perkara yang halal. Kerana 2 sebab yang disebut diatas,maka relevanlah Jom Heboh diharamkan oleh kerajaan Kelantan. Baginda nabi juga telah merobohkan kesemua berhala di sekitar Kaabah ketika peristiwa "Fathu Mekkah." Ini jelas menunjukkan perkara yang batil tidak boleh bercampur dengan perkara yang haq.

Tetapi untuk kali pertamanya, Jom Heboh dijalankan dengan di negeri Cik Siti Wan Kembang dengan beberapa syarat. Yang pertama, diasingkan antara muslimin dan muslimat yang belum berkahwin, dan juga disediakan satu tempat untuk golongan berkeluarga. Yang kedua, tiada penyanyi wanita yang menyanyi pada malam itu.

tempat untuk penonton muslimin


tempat  untuk penonton muslimat

tempat untuk berkeluarga

Antara artis yang mengadakan persembahan malam itu termasuk Kumpulan Raihan, Yassin (bekas anggota kumpulan nasyid Brothersa), Jamal Abdillah, Jay Jay dan artis dikir barat tersohor negeri ini, Megat Nordin. Maka saya rasa dengan sebab inilah kerajaan Kelantan membenarkan Jom Heboh diadakan di negeri yang terkenal dengan jolokan Serambi Mekkah.

Tidak dapat dinafikan bahawa masyarakat Malaysia terutama orang Islam sudah didoktrin dengan hedonisme.Untuk membuang doktrin ini bukan mudah tetapi dengan adanya usaha-usaha seperti pengasingan penonton dapat mengurangkan sedikit sebanyak pergaulan bebas dan juga menyediakan hiburan yang dibenarkan didalam Islam. Selain itu, dengan penganjuran Jom Heboh juga dapat membantu golongan peniaga untuk berniaga

Mudah-mudahan dengan pencerahan ini dapat membantu kita semua dalam memberikan hujah tentang Jom Heboh di Kelantan.


Rabu, 31 Mac 2010

AYAT-AYAT CINTA VS AYAT-AYAT DAJAL

SEBELUM KAHWIN

lelaki: Maaflah, abang lambat sikit,jumpa kawan tadi
Perempuan: Takpa abang, demi abang seribu tahun B sanggup tunggu

SELEPAS KAHWIN

lelaki: Sorry ayang, abang lambat sikit
Perempuan: Tu je alasan dia,ingat aku ni tunggul ke apa??




SEBELUM KAHWIN

lelaki: Ayang ni jalan lambat macam kura-kura la,nak abang dukunglah tu
Perempuan: B saja jalan lambat,nak abang dukung

SELEPAS KAHWIN

Lelaki: Cepatlah jalan, lambat betul jalan badak sumbu ni sorang!!
perempuan: Nak abang dukung...
Lelaki: ko nak mampus? badan dahlah berat nak suruh tulang aku patah angkat ko?



SEBELUM KAHWIN

Lelaki: B, nanti kita order air satu gelas je ye...barulah romantik
Perempuan: Boleh je, boleh B minum kat gelas tempat abang minum tu kan...

SELEPAS KAHWIN

Lelaki: Maknye, nanti kita minum satu gelas ye, macam kita muda-muda dulu
Perempuan: Eei, geli aku, buang tebiat apa orang tua ni, dahlah misai 
masuk dalam air masa dia minum, jijik aku!!


SEBELUM KAHWIN

Lelaki: Eh,siapa kentut ni? B ke?
Perempuan: Eh, mana ada,abang la tu kentut, kiut je bunyi, kentutlah lagi abang

SELEPAS KAHWIN

Lelaki: Eh, terkentut pula abang
Perempuan: Ish, kentut pula menatang ni, dah la busuk macam bangkai, hilang selera makan aku



SEBELUM KAHWIN

lelaki: Wanginya B ni...
Perempuan: Ye la, awek abang juga kan

SELEPAS KAHWIN

Lelaki: Ya Allah, busuknya ko ni,bau macam tikus x mandi, nak muntah aku!!
Perempuan: !@#$%^&*



SEBELUM KAHWIN

Lelaki: Cantiknya ayang ni,siap pakai baju jarang-jarang lagi
 Perempuan: B tempah khas untuk abang taw

SELEPAS KAHWIN

Lelaki: Ish, bini aku ni,sia-sia aku minum tongkat ali tadi, dah lah berkemban, rambut gerbang, bulu ketiak panjang, aku kahwin lain baru tahu
 Perempuan: !@#$%^&







Isnin, 29 Mac 2010

Lagu Kegemaran gue...usah ribut2..dengarin aje dan amek pengajaran dong!!

Dengarlah hai sobat
Saat kau maksiat
Dan kau bayangkan ajal mendekat
Apa kan kau buat
Kau takkan selamat
Pasti dirimu habis dan tamat

Bukan ku sok taat
Sebelum terlambat
Ayo sama-sama kita taubat
Dunia sesaat
Awas kau tersesat
Ingatlah masih ada akhirat
Astafighrullahal’adzim

Reff:
Ingat mati, ingat sakit
Ingatlah saat kau sulit
Ingat ingat hidup cuman satu kali
Berapa dosa kau buat
Berapa kali maksiat
Ingat ingat sobat ingatlah akhirat
Cepat ucap astafighrullahal’adzim

Pandanglah ke sana
Lihat yang di sana
Mereka yang terbaring di tanah
Bukankah mereka
Pernah hidup juga
Kita pun kan menyusul mereka
Astafighrullahal’adzim
Repeat Reff
Cepat ucap astafighrullahal’adzim
Repeat Reff
Cepat ucap astafighrullahal’adzim
Cepat ucap astafighrullahal’adzim

Khamis, 25 Mac 2010

Berpakaian seksi x semestinya jahat!!

Salam.


                                  bukan gambar sebenar
                                                          

Betul ke jika dikatakan "luaran tidak penting, yang penting hati baik"?

Baru-baru ni dalam perjalanan pulang dari satu program di Cheras, saya telah menaiki LRT STAR. Ketika berada di salah satu stesen, mata ini telah memandang seorang wanita yang berumur mungkin dalam lingkungan 30-an. 

Dengan memakai baju putih yang jarang dan ketat, rambut perang dan juga hidung bertindik, pening kepala melihatnya. Tetapi satu yang menarik perhatian saya, saya melihat wanita tersebut sedang memimpin seorang lelaki tua yang buta masuk ke dalam tren. Dari perbualan yang saya curi-curi dengar, rupanya pakcik lelaki buta itu mahu pergi ke Stesen Pudu dan wanita itu sedang menolong pakcik tersebut.

Tetapi malangnya ketika didalam tren, barulah wanita itu tersedar bahawa pakcik buta itu tersalah tren dan terpaksa menaiki tren yang bertentangan. Apa yang menyentuh hati saya, wanita itu sanggup turun bersama-sama pakcik itu bilamana sampai ke stesen berikutnya untuk menolong pakcik buta itu walaupun jam sudah menunjukkan pukul 11 p.m lebih.

" Anak saya tengah tunggu saya ni. Takpelah pak cik, biar saya bawa pakcik ke stesen sebelah", itulah rangkap yang sempat saya tangkap dengar.


Sampai stesen seterusnya, saya melihat wanita seksi itu memimpin pakcik buta itu keluar dari tren.

Terfikir juga dimana orang lain yang boleh membantu pakcik buta itu, mungkin juga orang yang pakaian yang lebih sopan atau yang menutup aurat, yang tidak mewarnakan rambutnya, yang tidak bertindik tidak kira lah samada lelaki ataupun wanita.

Terdetik hati saya, mungkin betul "Don't judge a book by its cover".

Jumaat, 12 Mac 2010

Keajaiban Ciptaan Allah





Allah subhanahu wa ta'ala berfirman : "Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.” (QS. Al-Furqan:53).


Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery’ tentu kenal Mr.Jacques Yves Costeau , beliau adalah seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat film dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.

Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba beliau menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau sempadan yang membatasi keduanya.



Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Beliau mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun beliau tak juga mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.

Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor Muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan ( surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez . Ayat itu berbunyi “Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan.. .”Artinya: “Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus.” Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.


Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi “Yakhruju minhuma lu’lu`u wal marjaan” artinya “Keluar dari keduanya mutiara dan marjan.” Padahal di muara sungai tidak ditemukan mutiara.

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur’an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur’an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur’an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya mutlak benar. Tanpa membuang masa, beliau pun memeluk Islam.



Maha Suci Allah yang Maha Menciptakan
Sungai dalam Laut




Allahu Akbar…! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim.Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air.” Bila seorang bertanya, “Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?” Rasulullah s.a.w. bersabda, “Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran.”



Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita, Mexico. Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air masin, lalu anda dapat melihat sebuah “sungai” di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.



Segelintir pengkaji mengatakan, itu bukanlah sungai biasa, itu adalah lapisan hidrogen sulfida, nampak seperti sungai… luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT.



p/s: jangan lupa ucapkan Subhanallah. Bukalah mata lihat keagungan Allas s.w.t barulah kita rasa bertapa bertuahnya kita mendapat nikmat Islam dan iman






Rabu, 10 Mac 2010

Al-Fatihah


Takziah atas kewafatan Syeikhul Azhar, Dr.Mohamad Sayed Tantawi pagi ini, Rabu di bandar Riyadh, Saudi dalam usia 82 tahun akibat masalah jantung. Semoga rohnya dicucuri rahmat 



Ahad, 7 Mac 2010

Kepadamu semua para daie

Kepada semua para daie dan juga pendakwah:

Teruslah bergerak hingga KELELAHAN itu LELAH mengikutimu.
Teruslah Berlari hingga KEBOSANAN itu BOSAN mengejarmu
Teruslah berjalan hingga KELETIHAN itu LETIH bersamamu
Teruslah bertahan hingga KEFUTURAN itu FUTUR menyertaimu
Tetaplah berjaga hingga KELESUAN itu LESU menemanimu




Kerana Redha Alllah yang kita DAMBAKAN


HIDUP MULIA ATAU MATI SYAHID


Tiada satu kerugian pun jika kita berdakwah
Tiada diskriminasi dalam berdakwah
Semua diantara kita adalah pendakwah

Mengapa mengatakan kita tidak layak menjadi pendakwah?

Apakah merasakan diri tidak alim dan juga mempunyai ilmu yang mengcukupi?
Tiada seorang pun layak mengatakan bahawa mereka seorang yang alim dan mempunyai ilmu yang cukup.

Ihklaskan niat kita.
Berdakwah mengajak orang melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran mestilah ditanam didalam sudut hati dan cuba untuk dilaksanakan dalam kehidupan seharian.

Malu rasanya bertemu Tuhan suatu hari nanti jika ditanya " sudahkan kamu mengamalkan amar maaruf dan nahi mungkar ketika kamu hidup didunia dahulu?"