Khamis, 25 Mac 2010

Berpakaian seksi x semestinya jahat!!

Salam.


                                  bukan gambar sebenar
                                                          

Betul ke jika dikatakan "luaran tidak penting, yang penting hati baik"?

Baru-baru ni dalam perjalanan pulang dari satu program di Cheras, saya telah menaiki LRT STAR. Ketika berada di salah satu stesen, mata ini telah memandang seorang wanita yang berumur mungkin dalam lingkungan 30-an. 

Dengan memakai baju putih yang jarang dan ketat, rambut perang dan juga hidung bertindik, pening kepala melihatnya. Tetapi satu yang menarik perhatian saya, saya melihat wanita tersebut sedang memimpin seorang lelaki tua yang buta masuk ke dalam tren. Dari perbualan yang saya curi-curi dengar, rupanya pakcik lelaki buta itu mahu pergi ke Stesen Pudu dan wanita itu sedang menolong pakcik tersebut.

Tetapi malangnya ketika didalam tren, barulah wanita itu tersedar bahawa pakcik buta itu tersalah tren dan terpaksa menaiki tren yang bertentangan. Apa yang menyentuh hati saya, wanita itu sanggup turun bersama-sama pakcik itu bilamana sampai ke stesen berikutnya untuk menolong pakcik buta itu walaupun jam sudah menunjukkan pukul 11 p.m lebih.

" Anak saya tengah tunggu saya ni. Takpelah pak cik, biar saya bawa pakcik ke stesen sebelah", itulah rangkap yang sempat saya tangkap dengar.


Sampai stesen seterusnya, saya melihat wanita seksi itu memimpin pakcik buta itu keluar dari tren.

Terfikir juga dimana orang lain yang boleh membantu pakcik buta itu, mungkin juga orang yang pakaian yang lebih sopan atau yang menutup aurat, yang tidak mewarnakan rambutnya, yang tidak bertindik tidak kira lah samada lelaki ataupun wanita.

Terdetik hati saya, mungkin betul "Don't judge a book by its cover".

5 ulasan:

  1. Assalamualaikum wbt
    Kenapakah bukan En.Halim yang membantu pak cik tersebut keluar dari tren...
    Setiap manusia dicipta dengan kekurangan dan kelebihan masing- masing. Mereka kurang dalam hal menutup aurat, tetapi lebih dalam hal membantu yang memerlukan :-)

    BalasPadam
  2. hahaha, lama nya baru dapat sedar tuh.. papepun tahniah laa kerana sedar hakikat "don't judge a book by its cover" tu.. :)

    ps: maknanya saudara sebelum ni betol laa judge a book by its cover?

    BalasPadam
  3. tanpa nama:
    ada juga niat nak tolong, tapi memandangkan wanita tersebut sudah membantu pakcik tersebut sebelum naik dari tren lagi, saya hanya melihat shaja dari jauh..

    betul...mungkin kita rasa amalan kita lbh baik dari mereka yang kononnya x baik dari kita, tapi mana tahu kalau mereka lbh taat kepada ibubapa mereka dari kita, kan?

    Redha Allah terletak pada redha ibubapanya..

    Din:
    kadang-kala kita terkena pada batang hidung sndri, baru kita tahu sesuatu perkara tersebut..

    kdng2 kita terprasangka buruk kpda mereka, so sama2lah kita husnul zhon (bersangka baik) :)

    BalasPadam
  4. tapi,tkut jgk dgn kyataan ni..
    dun judge da book by its cover..
    ad stgh org baeq tang tu,ad stgh org baeq tang laen..
    tkut bla terdetik,xpe lah,aq baeq part ni je lah..at least ad gk baeq ny aq..
    lps 2,mgabaikan hukum Tuhan yg laen yg tlh dttpkan..
    dunia penjara mu'min..
    ttpkn lah iman ku wahai Tuhanku

    BalasPadam
  5. Rasulullah sendiri telah bersabda :

    “Dan dia-lah Tuhan, yang tiada Tuhan
    s e l a i n D i a .

    Sesungguhnya salah
    seorang diantara

    kamu beramal
    dengan amalan ahli
    s u r g a s e h i n g g a
    jarak antara dia
    dengan surga itu
    hanya sehasta.
    Tiba-tiba,
    kitabnya telah
    mendahului, lalu ia
    pun beramal dengan
    amalan ahli neraka,
    maka ia masuk ke
    dalam neraka.

    Dan
    s e s u n g g u h n y a ,
    s a l a h s e o r a n g
    d i a n t a r a m u
    beramal dengan
    amalan ahli neraka
    s e h i n g g a j a r a k
    antara dia dengan
    neraka itu tinggal sehasta saja.
    Tiba-tiba
    kitabnya telah mendahului, lalu ia
    pun beramal dengan amalan ahli
    surga, maka ia masuk surga.”
    (HR.
    Bukhari)

    BalasPadam