Salam.
bukan gambar sebenar
Betul ke jika dikatakan "luaran tidak penting, yang penting hati baik"?
Baru-baru ni dalam perjalanan pulang dari satu program di Cheras, saya telah menaiki LRT STAR. Ketika berada di salah satu stesen, mata ini telah memandang seorang wanita yang berumur mungkin dalam lingkungan 30-an.
Dengan memakai baju putih yang jarang dan ketat, rambut perang dan juga hidung bertindik, pening kepala melihatnya. Tetapi satu yang menarik perhatian saya, saya melihat wanita tersebut sedang memimpin seorang lelaki tua yang buta masuk ke dalam tren. Dari perbualan yang saya curi-curi dengar, rupanya pakcik lelaki buta itu mahu pergi ke Stesen Pudu dan wanita itu sedang menolong pakcik tersebut.
Tetapi malangnya ketika didalam tren, barulah wanita itu tersedar bahawa pakcik buta itu tersalah tren dan terpaksa menaiki tren yang bertentangan. Apa yang menyentuh hati saya, wanita itu sanggup turun bersama-sama pakcik itu bilamana sampai ke stesen berikutnya untuk menolong pakcik buta itu walaupun jam sudah menunjukkan pukul 11 p.m lebih.
" Anak saya tengah tunggu saya ni. Takpelah pak cik, biar saya bawa pakcik ke stesen sebelah", itulah rangkap yang sempat saya tangkap dengar.
Sampai stesen seterusnya, saya melihat wanita seksi itu memimpin pakcik buta itu keluar dari tren.
Terfikir juga dimana orang lain yang boleh membantu pakcik buta itu, mungkin juga orang yang pakaian yang lebih sopan atau yang menutup aurat, yang tidak mewarnakan rambutnya, yang tidak bertindik tidak kira lah samada lelaki ataupun wanita.




























