Jumaat, 9 Disember 2011

Jom solat gerhana bulan

Assalamualaikum

Esok 10 Disember 2011 ataupun 14 Muharram 1433H berlaku gerhana bulan yang dijangka pada waktu malam dan lebih kurang 10.05 malam sehingga 10.57 malam berlakulah gerhana penuh. Penulis pun tidak berhajat nak bercerita pasal panjang-panjang pasal bagaimana proses gerhana bulan tu berlaku Pembaca boleh la baca di disini.

Apa yang Penulis nak menulis iaitu esok malam pasti akan diadakan solat sunat gerhana bulan. Penulis sendiri belum lagi pernah solat sunat gerhana samada gerhana matahari ataupun gerhana bulan. Jom esok siapa yang berkelapangan kita solat sunat gerhana bulan. Jarang kita boleh menunaikan solat gerhana kerna bukan hari-hari pun gerhana bulan ni.

Tak tahu macam mana mahu solat? Penulis pun tak tahu tapi search-search terjumpa la juga cara-cara nak solat sunat ni . Lain sikit cara nak solat berbanding solat yang biasa kita lakukan.Ini cara dia:


Rakaat pertama
  1. Niat solat Gerhana, Takbir
  2. Baca Surah Al-Fatihah dan surah
  3. Rukuk
  4. I’tidal
  5. Baca Al-Fatihah dan surah
  6. Rukuk.
  7. I’tidal.
  8. Sujud 
Rakaat kedua
  1. Baca Al-Fatihah dan surah.
  2. Rukuk.
  3. I’tidal,
  4. Baca Al-Fatihah dan surah.
  5. Rukuk.
  6. I’tidal.
  7. Sujud
  8. Tahiyyat Akhir
  9. Salam

Lain sikit dari segi cara solat sunat ini kerana satu rakaat mengandungi 2 Al-Fatihah berbanding solat sunat biasa. Tapi kalau nak lebih pasti lagi tunggu je la pengumuman esok.Tok Imam pasti akan beritahu cara-caranya (harap macam tu lah). So, marilah kita pakatpakat untuk solat sunat gerhana bulan pada esok malam di masjid-masjid tertentu. Sekurang-kurangnya bila ditanya tentang solat sunat gerhana kita dah tahu cara yang sebenar dan sudahpun melakukannya.


Mohasha

3 ulasan:

  1. salam. apa tujuan solat sunat gerhana ni?

    BalasPadam
  2. Saya Nur Syahidah bt Mohd Rasip.Sya sebenarnya tidak reti sembahyang solat sunat gerhana jadi selepas saya tengok cara-cara untuk sembahyang saya sudah tahu macam mana nak solat

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama 1:

    Wasalam..setiap apa yang berlaku pasti ada kelebihannya.Tujuan kita solat sunat gerhana ini bertujuan untuk melakukan sunnah Nabi saw.Baginda Nabi saw telah melakukan solat sunat gerhana tidak kira gerhana bulan ataupun gerhana matahari..maka marilah kita berebut untuk melakukan sunnah Nabi saw...lagipun solat sunat gerhana juga bertujuan melahirkan rasa syukur dan rasa kerdil di atas penciptaan hebat Allah swt

    Nur Syahidah:Alhamdulillah...moga beri manfaat =)

    BalasPadam