Isnin, 14 Mac 2011

Bergurau biar bertempat

Assalamualaikum.

Takziah kepada masyarakat Jepun yang dilanda Tsunami pada Jumaat yang lepas. Sehingga sekarang anggaran yang mati sehingga 10 000 orang (tidak pasti jumlah sebenar). Lebih memburukkan lagi kesan radiasi akibat letupan loji nuklear. Mungkin kita tidak pernah melihat apa kesan radiasi ini. Lihat gambar dibawah.Pasti anda akan tahu mengapa kesan radiasi sangat-sangat ditakuti.
kesan radiasi nuclear pada badan manusia






Kesan-kesan ini mungkin akan dihadapi oleh masyarakat di Jepun sana dan juga kesannya juga akan dihadapi di Malaysia, Tetapi dengan kenyataan dari Ketua Penyelidik Alam Sekitar UiTM, Prof. Dr. Ku  Halim Ku Hamid, bahawa debu radiasi tidak akan sampai ke Malaysia kerana debu radiasi ini akan dihalang oleh hujan dan juga hutan. Harapnya begitulah.

Tetapi apa yang saya ingin tunjukkan ialah bagaimana seseorang cuba untuk melawak tidak kena tempat, seperti gambar di bawah ini. Gambar ini diambil dari surat khabar Berita 'Hairan' yang dilukis oleh pelukis bernama Zoy.



Walaupun sekali tengok mungkin agak menggelikan hati, tetapi gambar ini jelas menunjukkan kita sangat tidak sensitif tentang apa yang berlaku di Jepun.Mereka menderita disana kita pula bergembira dengan lakaran kartun yang 'mengelikan' hati dengan musibah yang melanda mereka. Sehinggakan isu ini dikomen oleh masyarakat satu dunia.Ye, satu dunia melihat kartun yang menghina rakyat Jepun ini yang tersiar dalam CNN.


Kalau tidak percaya, boleh baca disini. Kerana gurauan sebegitu, masyarakat Malaysia dipandang kurang ajar dan tidak sensitif dengan musibah yang melanda masyarakat Jepun disana. 

p/s: Bergurau biar bertempat.Doa agar masyarakat disana tabah menghadapi dugaan ini.

7 ulasan:

  1. ~krana nila setitik rosak susu sbelanga~

    ~smoga sama2 mngambil iktibar d ats kjadian yg brlaku..~

    BalasPadam
  2. Kathy Rospin: betul..sangat2 memalukan perkara mcam ni berlaku

    Tanpa Nama: InsyaAllah..berfikir dahulu sebelum bertindak...gurauan kadang-kadang membawa padah..

    BalasPadam
  3. Terdapat kemungkinan utk kesan radiasi seluruh dunia (termasuk Malaysia) sekiranya reaktor nuklear Fukushima di Jepun melebur. Marilah kita berdoa kehadrat Ilahi, Allah s.w.t supaya usaha2 menyejukkan teras reaktor yg kiat dijalankan skrg berjaya dan mengelakkan malapetaka yg seumpama kes kemalangan reaktor nuklear di Chernobyl, Ukraine. AMIN YA ALLAH.

    BalasPadam
  4. uih..tp mcm mne diorg taw eh paper msia..

    BalasPadam