Selasa, 12 Oktober 2010

Dr SMS Angkasawan atau Pelancong?

Assalamualaikum...

Saya rasa semua rakyat Malaysia pasti sudah kenal dengan angkasawan pertama negara, tidak lain tidak bukan ialah Dr Sheikh Muszhapar Shukor (Dr SMS). Alhamdulillah sudah sampai jodohnya, beliau telah selamat dinikahkan dengan pasangannya Dr Halina Mohd Yunos pada 10 Oktober yang lepas. Saya doakan semoga menjadi pasangan Baitul Muslim yang soleh dan solehah dan bahagia ke akhir hayat, bukan ke anak cucu (ramai mendoakan sehingga ke anak cucu, lepas dapat cucu bercerai-berai pula). Dan pada tarikh itu juga saya terbaca berita tentang Dr SMS sebenarnya hanya pelancong angkasa, bukannya angkasawan yang digembur-gemburkan sebelum ini. Ini buktinya.





Printscreen ini diambil dari laman web Nasa. Sila klik sini untuk melihat dan membaca dengan mata sendiri, manalah tahu nanti kata gambar ini telah diedit pula. Spaceflight participant bermaksud pelancong, bukannya astronaut ataupun angkawasan. Senarai nama untuk pelancong inn juga boleh dibaca disini

Saya secara peribadi menyokong usaha menghantar rakyat Malaysia ke angkasa lepas, lebih-lebih lagi seorang Melayu Muslim seperti Dr SMS. Bukan mudah untuk menghantar rakyat Malaysia ke angkasa lepas dan mengadakan beberapa eksperiment. Kalau kita lihat, bukannya beliau seorng sahaja yang terlibat dalam eksperiment ini, tetapi ramai sebenarnya orang disebaliknya yang terlibat, maka dakwaan yang mengatakan ianya sia-sia dan juga pembaziran adalah kurang tepat. Ya, betul ia melibatkan sumber kewangan yang sangat besar, tetapi dalam mencapai kejayaan sesuatu bidang, pengorbanan harus dilakukan terutama dari segi duit. Mungkin benar Dr SMS dikenali sebagai pelancong angkasa, tetapi dengan percubaan pertama ini mungkin selepas ini kita dapat melahirkan pula pemandu Soyuz pula.Bahkan ramai pula anak-anak kecik yang sudah berangan-angan untuk mengikut jejak langkah Dr SMS ini untuk menembusi ruang angkasa.

Dan juga ianya juga bermanfaat dari segi pengetahuan ilmu agama. Sebelum ini kita mungkin tidak tahu bagaimana mahu berpuasa ataupun melakukan solat diangkasa, tetapi dengan perginya beliau ke International Space Station (ISS), kita sudah mengetahui salah satu cabang dalam agama kita ini. Itu saya rasa kita tidak akan mengetahui sekiranya tidak ada rakyat Malaysia dihantar ke sana. Sekurang-kurangnya kita ada rakyat (Muslim) kita sendiri yang menceritakan tentang pengalaman berpuasa dan juga solat di sana.

Mungkin ini salah satu dugaan kepada Dr SMS, daripada dugaan sebelum ini; kematian adik beliau, perebutan hak menjaga arwah adiknya, dakwaan Dr SMS mengambil duit untuk mengadakan talk dan yang terbaru ini tentang status beliau sebagai angkasawan. Harap Dr SMS sabar dalam menghadapi ujian ini.


p/s: mahu juga ke angkasa lepas

5 ulasan:

  1. alahai...xpe2, brp "sen" sgt pun duit rakyat yg digunakan utk usaha murni ini:)

    BalasPadam
  2. maksudnye Dr SMS bukan la angkasawan. tp knape kerajaan kate die angkasawan? ade agenda tertentu ke?

    BalasPadam
  3. there is always a hidden agenda when it comes to "goverment" especially smthing that involves a very big investment...
    Tapi, asbab guna duit kerajaan (a.k.a duit rkyat= duit kite) rasenye molekla kite tau mende yg betul kan.....

    BalasPadam
  4. RuSia iktiraf sheikh muszaphar sbg cosmonaut setelah menjalani latihan di Star City, Russia.. Begitu jgk dgn Dr. Faiz Khaleed. NASA plak hanya mengiktiraf seseorg tu sbg angkasawan, requirementnya lebih tinggi.. If NASA iktiraf sbg angkasawan, they called it astronout.. Malaysia called as angkasawan.. Please laa jgn menilai Tampa menyelidik.. AndA bolehla baca buku sheikh muszaphar, journey to the space... Then nilaila sendiri..

    BalasPadam
  5. Anonymous:

    Saya tidak faham apa yang saudara cuba katakan. Sudah betul saya katakan Dr SMS bukan angkasawan tetapi banyak berita mahupun surat khabar di Malaysia mengatakan bahawa Dr SMS merupakan angkasawan..

    itu suatu fakta yang tidak betul!
    baca link ini sebagai bukti berita Minggu memberi gelaran angkasawan kpd Dr SMS

    http://drsheikhmuszaphar.multiply.com/journal/item/62/Wawancara_Bersama_Berita_Minggu

    BalasPadam