Sabtu, 18 September 2010

Malaysia 16 September

Salam.

Saya tetap mahu menulis tentang hari bersejarah ini walaupun dan agak lewat sedikit (biasalah beraya di kampung susah sedikit nak online). Seperti mana yang kita sedia maklum, pada 1963 secara rasminya Sarawak dan Sabah telah menyertai Semenanjung Malaya untuk membentuk satu negara yang bernama Malaysia. Dan saya yakin pelbagai impak positif dan negatif yang diterima, ada yang menyokong dan ada juga yang tidak menyokong kemasukan ke 2-2 buah negeri ini kedalam Semenanjung Malaya.

Bagi saya, saya sangat mengalu-alukan kedatangan ke 2-2 negeri ini untuk membentuk satu gagasan Malaysia yang aman dan makmur. Cuma setelah beberapa penelitian,  saya menjadi hairan bilamana memikirkan negeri Sabah adalah negeri yang kaya tetapi rakyatnya sangat miskin. Saya bukan sekadar omongan kosong bahkan saudara boleh melihat melalui wikipedia (klik disini) ,perenggan yang terakhir, yang jelas menyatakan bahawa Sabah merupakan antara  negeri yang termiskin dikalangan negeri-negeri di Malaysia. Disebabkan apa? Disebabkan pembahagian kekayaan tidak saksama. Yang kaya terus kaya yang miskin terus merempat, Sang penguasa terus menerus membolot harta rakyat, kenyang bersandar di mahligai yang besar hasil sompakan sedangkan rakyat terus kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Bantuan hanya tiba bilamana ada pilihan raya. Tiada pilihan raya, Yb senyap menikus membaham harta rakyat. Suka saya ingatkan kepada semua Sang Penguasa, jika rakyat terus ditindas, saya tidak akan sesekali redha bukan sahaja di Sabah semata-mata, termasuk semua negeri di dalam Malaysia. Saya merasakan jika rakyat terus ditindas tidak mustahil demostrasi Baling 1974 berlaku lagi yang mana ketika itu mahasiswa bersama rakyat Baling berdemostrasi meluahkan ketidakpuasan hati mereka kerana kemiskinan yang dihadapi oleh mereka.

Bahkan saya amat yakin masih ramai lagi anak-anak Sabah yang tidak mempunyai kad pengenalan lagi. Ini terus diburukkan lagi dengan masalah anak-anak kecil yang tidak bersekolah. Hak untuk belajar wajib dinikmati oleh setiap anak di Sabah. Pelik juga dah lama merdeka tetapi masalah pelajaran dan hak untuk bersekolah terus menjadi dilema untuk anak-anak Sabahan.

Skrip yang sama juga di Sarawal bahkan lebih teruk lagi. Harta hutan terus dirompak oleh pencuri-pencuri balak bahkan gadis Penan turut diperkosa oleh mereka (baca disini) tetapi mereka tidak dipedulikan oleh sesiapa. Media massa terus mengampu, pendedahan tentang masalah kaum Penan terus disenyapkan, hanya menyiarkan tentang kononnya tiada masalah yang berlaku baik di Sarawak mahupun Sabah. Dan sebenarnya masih banyak lagi permasalahan yang menimpa sahabat-sahabat dan kawan-kawan kita disana. Kita jangan membutakan mata kita, kita seharusnya berjuang untuk membolehkan mereka mendapat hak asasi mereka.

Ayuh anak-anak Sarawak dan Sabahan, biarlah hasil rakyat tidak lagi dinikmati oleh Sang Penguasa tetapi dinikmati oleh rakyat jelata. Anda mampu mengubahnya.!!


3 ulasan:

  1. memang betul tu. pemimpin semakin kaya, rakyat menderita

    BalasPadam
  2. ini kerana masih ramai pengundi golongan dewasa yang x bijak memilih pemimpin. Insya Allah suatu hari nanti kami golongan belia yang semakin ramai yang berpendidikan akan bijak memilih wakil

    BalasPadam
  3. anak muda pemimpin masa hadapan...masa depan negara bergantung kepada anak muda sekarang..usah tersalah pilih pemimpin, kelak aniaya diri sendiri

    BalasPadam