Sabtu, 13 Februari 2010

KARENAH BIROKRASI YANG SEMAKIN MENJADI-JADI

Salam...

Sesungguhnya bukan senang terutama pada akhir zaman ini untuk kita berdakwah dan juga menyampaikan risalah Islam. Terlalu banyak halangan dan juga mehnah tribulasi yang terpaksa dihadapi. Tidak hairan jika ancaman dan juga halangan itu datang dari pihak musuh yang sememangnya berhasrat untuk menekan dan juga menyekat ajaran Islam dan seterusnya menyerongkan kita dari terus mengamalkan ajaran Islam.

Daripada Abu Said al-Khudri radiallahu anhu berkata, Bahawasanya Rasulullah saw bersabda: Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka. Sahabat bertanya: Ya Rasulullah, apakah Yahudi dan Nasrani yang engkau maksudkan?Nabi saw menjawab: Siapa lagi kalau bukan mereka? (Hadis riwayat Imam Muslim)

Tetapi yang menjadi masalahnya bilamana orang Islam sendiri yang mengongkong dan juga menyekat penyebaran ajaran Islam dan dakwah itu sendiri. Pelbagai alasan yang tidak relevan dilontarkan untuk tidak membenarkan dakwah disampaikan kepada masyarakat terutama masyarakat mahasiswa/i.


Tidak profesional dan bersifat kebudak-budakan. Itulah yang saya boleh gambarkan kepada pegawai-pegawai di SCD dan juga Pusat Islam. Proposal talkshow sempena Valentine's Day telah ditolak tanpa alasan yang kukuh dan juga konkrit. Alasan penceramah Ustaz Pahrol Mohd Juoi adalah dari pihak swasta dan tidak dibenarkan untuk memberi talk. Untuk pengetahuan mereka yang tidak celik akal, kebanyakkan penceramah mahupun motivator adalah dari pihak swasta ataupun konsultant dan hampir kebanyakkan mereka tidak bekerja dengan pihak kerajaan. Kalau alasan ini diberikan, lebih baik kita tutup sahaja semua konsultant. Mengapa perlu ada konsultant kalau tidak dibenarkan untuk memberi talk ataupun perkhidmatan lain. Maka kita tidak boleh panggil Dato fadzillah Khamsah untuk beri talk kerana beliau juga datangnya dari pihak swasta ataupun konsultant. Kemudian, saya bertanya hal ini kepada pegawai di SCD, mereka tidak mampu menjawab dan menyerahkan perkara ini kepada pihak Pusat Islam untuk menjawabnya.

Kami pulang hampa dengan jawapan yang diberikan. Kami berhasrat untuk berjumpa dengan pegawai Pusat Islam tetapi malangnya pegawai tersebut tidak ada pada hari itu. Pada keesokkan harinya, kami berjumpa dengan pegawai Pusat Islam dan kami telah berbincang dengan mereka. Alasan lain telah diberi kononya Ustaz Pahrol tidak dibenarkan memberi talk kerana tidak mendapat permit pengtauliyah dari JAIS. kami menjawab bahawa kita hanya ingin mengadakan talk yang bersifat motivasi, bukannya ceramah yang bersifat mengajar kitab dan ceramah politik. Setelah berbincang dengan pegawai disana, beliau berjanji untuk membuat memo untuk membenarkan perkara ini diselesaikan oleh Presiden MSU dan akan memberitahu kami selepas itu. Selepas solat Zohor, saudara Syed menghantar sms kepada pegawai tersebut tetapi tidak dibalas. Sehinggalah pada waktu petang kami tidak menerima berita lagi sehinggalah Ketua Pengarah untuk program talkshow ini mengcadangkan agar kami mengubah tempat di Surau Munawwarah (Tadisma) kerana talkshow ini akan diadakan pada keesokkan harinya. Walaupun proposal ini sudah lama dihantar, tetapi perkara yang sama akan berulang dan berpanjangan dengan pelbagai karenah birokrasi yang mengjengkelkan.


Satu lagi sikap yang tidak profesional. Sudahlah tidak menjawab pertanyaan tentang keputusan mengenai memo tersebut, tetapi terus membisu sehinggalah ke saat ini. Sudah banyak kali perkara seperti ini berlaku. Semua pertanyaan tidak akan dijawab dan hanya diam membisu bahasa. Langsung tidak menunjukkan integriti seorang pegawai yang berkaliber. Sangat memalukan.


Saya berharap agar perkara seperti ini tidak lagi berlaku di dalam pentadbiran SCD dan juga Pusat Islam. Takkanlah kami pula mahu mengajar kepada kamu bagaimana mahu bersifat profesional? Kami bukanlah mahu bersifat bangga diri tetapi saya senantiasa memacakkan sifar profesional dalam pimpinan kami dalam melaksanakan sesuatu program. Program yang bersifar hedonism dibenarkan tanpa banyak karenah. Program yang bersifat ilmiah dan menambah pengetahuan tentang agama Islam disekat dan diperpayahkan. Kononnya mahu menjaga nama baik kampus. Saya bertanya kepada pihak pentadbiran. Adakah membenarkan banyak program bersifat henodism akan menjadikan siswa/i seorang yang disegani? Seorang yang menjadi harapan negara? Seorang mahasiswa/i yang berkaliber? Bukankah ini akan mendorong siswa/i untuk melakukan perkara yang boleh menjatuhkan nama baik kampus seperti pergi ke pusat  hiburan dan juga konsert-konsert yang tidak membangunkan sahssiah sebagai seorang mahasiswa/i? dan tidak menunjukkan tahap keintelektualan kita sebagai mahasiswa/i.


Adakah isu kebajikan mahasiswa/i yang telah lama berkubur tidak memburukkan nama kampus? Sehingga terdapat waris dan juga mahasiswa/i meluahkan rasa kesal mereka kepada saya tentang isu kebajikan ini. Mengapa perkara yang lebih besar ini dikecilkan tetapi isu penceramah menjadi tajuk yang sangat besar? Adakah mereka ingin menyekat mahasiswa untuk bersuara dan untuk bangkit? Apakah mereka ingin menutup ruang bagi mahasiswa/i untuk mendalami ilmu agama dan ilmu yang bersifat ilmiah? Kalau benar bagaimana mungkin mahu melahirkan mahasiswa/i seperti yang dimahukan sebagai bakal pemimpin negara?


Persoalan ini akan bersarang jika pihak pentadbiran tidak mengambil jalan untuk mengatasinya dan cuba untuk mengubahnya. Saya menulis ini bukan kerana nama, bukan kerana mahu glamour bahkan saya tidak dapat apa pun. Tetapi sebagai satu tanggungjawab saya untuk menegur dan menjadi agent check and balance dalam perkara terutamanya yang melibatkan mahasiswa/i agar hak mahasiswa/i tidak lagi ditindas.


BERANI KERANA BENAR


2 ulasan:

  1. HambaAllah yg memerhatikn tingkah manusia16 Februari 2010 pada 7:38 PTG

    salam..
    nmpaknya mmg benarlah kate enta: "tidak profesional dan bersifat kebudak-budakkan"..
    bila alasan swasta dijadikan isu..
    mungkin msu terlupa..mereka pun ber'status' swasta jugak..tak hairanlah kalau msu pun boleh dipertikaikan 'ketauliyahannya'...
    dan yang penting sekali...mungkin dato presiden terlupa...agamalah yang menjadikan manusia seseorang yang benar-benar manusia di dunia ini..bukan hanya ilmu akademik semata-mata!

    BalasPadam
  2. Bila masyarakat didoktrin supaya terlalu mengejar keduniaan, inilah jadinya..ibubapa akan menangis jika anak mereka tidak lulus peperiksaan tetapi tidak menangis jika anak mereka gagal membaca al-quran dengan baik..

    itulah lubuk penyakit ummat Islam dewasa ini bilamana mengasingkan antara perkara akhirat dengan dunia..

    BalasPadam