Isnin, 18 Januari 2010

Tidak akan Kerajaan Melayu Melaka hilang didunia??? (bahagian akhir)

salam....


Pada bahagian yang kedua, saya telah menulis mengenai kejayaan Turki Uthmaniyah bergantung kepada kejayaan Kerajaan Melayu Melaka (juga dikenali sebagai Kerajaan Islam Melaka). Saya yakin dan percaya ramai sahabat-sahabat terkejut dan tidak percaya bahawa KMM merupakan tulang belakang kepada kejayaan Islam Turki Uthmaniyyah. Selama ini kita telah didoktorin bahawa Kerajaan Portugis datang menyerang melaka disebabkan ingin mencari rempah ratus. Sebenarnya tujuan mereka datang ke Melaka adalah untuk melemahkan sumber kekuatan Turki Uthmaniyyah dan seterusnya dapat menawan Kerajaan Turki Uthmaniyyah disamping dapat menghalang tersebarnya ajaran Islam yang semakin berkembang di eropah sekitar tahun 1457. 

Bagaimana mungkin Melaka menjadi sumber kekuatan Turki Uthmaniyyah? Umum mengetahu Melaka telah menjadi tempat perlabuhan dan perdagangan yang terkenal pada suatu ketika dahulu. Secara logik akal, kepesatan ekonomi KMM telah memberi sumbangan yang berharga kepada pihak Kerajaan Turki Uthmaniyyah dalam menjana kekuatan Daulah Islamiyyah.Oleh sebab itulah pihak Portugis ingin sangat mencari sumber yang menjadikan kerajaan Turki Uthmaniyyah yang semakin maju dan berkembang pesat.  



Sebelum tertera Portugis menyerang Melaka, mereka sebenarnya telah menyerang Goa iaitu suatu kawasan perdagangan yang dikuasai oleh orang Islam di India. Setelah berjaya menawan Goa, barulah mereka sedar bahawa Goa bukanlah sumber kekuatan Kerajaan Turki Uthmaniyyah. Setelah mereka berbincang, rupa-rupanya yang menjadi tukang belakang kejayaan Kerajaan Turki Uthmaniyyah adalah KMM. Tetapi saya akan menceritakan sesuatu yang mungkin kebanyakkan daripada kita tidak mengetahuinya. Orang Barat bukanlah pandai sangat. Kalau tidak masakan mereka pernah berada didalam zaman kegelapan tatkala sinar Islam semakin mencapah sautu ketika dahulu. Dalam perjalanan menuju Goa, mereka berlayar menggunakan kapal layar. Mereka tidak lansung mempunyai ilmu pelayaran berbanding ahli pelayaran Islam yang terkenal iaitu Cheng Ho.







Cheng Ho








Perbandingan kapal Cheng Ho dengan Columbus

Tentera Portugis ini telah tersalah arah dah telah belayar sehingga ke benua Amerika Latin, bukannya Goa di India. Oleh kerana mereka iaitu penduduk Amerika Latin mempunya kulit seakan-akan kemerahan, pihak Portugis telah memanggil mereka dengan gelaran Red India dan itulah asal usul gelaran Red Indian kalau sahabat-sahabat mahu tahu. Setelah sampai di sanalah baru pihak Portugis sedar bahawa mereka telah tersalah tempat dan telah berpatah balik menuju Goa.


Akhirnya pada 1 Julai 1510, KMM telah diserang dan berjaya ditakluk pada 10 Ogos 1511. Kesan yang amat mendalam dapat kita lihat dengan jatuhnya KMM iaitu kejatuhan kerajaan-kerajaan Islam di sekitar Melaka seperti di Singgora, Pattani, Terengganu, Kelantan dan Kedah. Negeri-negeri ini dipecahkan kepada 7 negeri bertujuan untuk melemahkan perpaduan negeri-negeri islam. Di filipina pula, Islam telah ditindas sehinngakan dulu ibu kota negera Filipina bernama Ama nillah yang bermaksud "kami beriman kepada Allah" telah ditukar kepada Manila.




Tamat sudah pelayaran kita dalam menjejaki mengapa Kerajaan Melayu Melaka telah lenyap ditelan zaman dan melihat sejarahnya dari sudut kaca mata Islam. Satu pesanan saya, janganlah terlalu percaya akan sejarah dibuku teks kerana ianya telah diubah oleh pihak Barat untuk memesongkan Umat Islam.



Daripada Abu Said al-Khudri radiallahu anhu berkata, Bahawasanya Rasulullah saw bersabda: Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka.
Sahabat bertanya: Ya Rasulullah, apakah Yahudi dan Nasrani yang engkau maksudkan?
Nabi saw menjawab: Siapa lagi kalau bukan mereka?
(Hadis riwayat Imam Muslim)

3 ulasan:

  1. Sekadar bbrapa penambahan yg pernah saya dengar dan baca: Gelaran Sultan bagi Raja-raja Melaka adalah gelarn yg dipersetujui brsama oleh kerajaan melayu melaka dan Khalifah Islam. Ketika pembebasan Kota Konstantinopel oleh Sultan Muhammad Al-Fateh, kerajaan Melaka menggantung seketika penggunaan istilah 'Sultan'sbgai mnhghormati kejayaan sultan Muhammad Al-Fateh. Goa ketika dijajah oleh Portugis adalah merupakan sebuah kerajaan Kesultanan Islam. Bnyk lg fakta yg sbnrnya disembunyikn dan tdk dicertakn tentng hubungan erat kerajaan2 Islam.

    BalasPadam
  2. terima kaseh & tahniah ats info2 berguna.

    BalasPadam
  3. Rafiuddin: mungkin ustaz boleh mencungkil fakta2 yg disembunyikan dan memberi input2 yg selama ini telah disembunyikan oleh pihak Barat...ana rasa banyak lagi fakta-fakta yang berkaitan dengan sejarah Islam tidak dicungkil lagi..

    Tanpa Nama: same2..moga mendapat manfaat bersama...:)

    BalasPadam