Selasa, 13 Disember 2011

Daulat Tuanku!!

Assalamualaikum..

Daulat Tuanku!Daulat Tuanku!Daulat Tuanku!

Dikesempatan ini Penulis ingin merafak sembah setinggi-tinggi tahniah kepada Sultan Kedah iaitu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Muad'zam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah yang dilantik oleh Majlis Raja-Raja sebagai Yang Di-Pertuan Agong ke-14.


Baginda telah dilantik bagi menggantikan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin yang telah tamat tempoh perkhidmatan selama 5 tahun sebagai Yang Di-Pertuan Agong ke-13. Untuk pengetahuan Pembaca, ini adalah kali ke-2 Sultan Kedah menaiki takhta sebagai Yang Di-Pertuan Agong dan dicatat sebagai sejarah Sultan yang pertama dilantik sebagai Yang Di-Pertuan Agong kali kedua.

Manakala Sultan Kelantan Sultan Muhammad ke V telah dilantik sebagai Timbalan Yang Di-Pertuan Agong. 

Sekadar perkongsian, Penulis akan menerima skrol konvokesyen pada 8 Januari ini (selepas berhempas pulas belajar selama 3 tahun) daripada Sultanah Hajjah Haminah binti Hamidun selaku Canselor MSU. Bukan sebarang rezeki dapat menerima skrol dari Isteri Yang Di-Pertuan Agong. Bak kata seorang Pensyarah Penulis, Miss Halijah Hassan  ( Budak kos BBM Penulis pasti kenal) " Rezeki awak la tu".



 Yang Di-Pertuan Agong sedang memberi zakat kepada anak yatim ketika majlis berbuka puasa MSU bulan Ramadhan yang lepas


p/s:Setaat-taat kita kepada pemerintah,lebih taat kepada Allah swt, ketua segala Pemerintah itu lebih utama dan pasti =)


1 ulasan:

  1. yela2.. tau la nama YDPA skrg same ngn name awk.. huhu

    BalasPadam