Sabtu, 11 Jun 2011

ASB dan ASN HARAM?

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, terbuka jugalah hati penulis nak mengupdate blog yang sudah sebulan lebih bersarang. Mujurlah password penulis masih lagi ingat, kalau tidak memang arwahlah blog ini. Sebelum tu, penulis mahu tanya tahukah kalian tentang ASB (Amanah Saham Bumiputera) dan juga ASN (Amanah Saham Nasional)? Kalau mereka yang tahu, mereka akan tahulah kalau yang tidak berapa tahu, penulis pun tak tahu nak beri penerangan secara jelas tentang ASB dan juga ASN. Tetapi senang cerita, kita simpan duit dalam ni, duit kita akan dilaburkan dan selepas itu kita akan dapatlah hasil mengikut berapa banyak duit yang kita ada dalam tu. Yang terbaru, Majlis Fatwa Negeri Selangor mengatakan haram pula untuk melabur dalam  ni. Sebab apa, mungkin gambar dibawah ini boleh menjadi bukit.


Penulis pun tidak pasti macam mana nak sahihkan berita ini. Kalau siapa-siapa yang ada maklumat tentang isu ni boleh kongsikan ye. Kalau benar perkara ini, jangan ragu-ragu untuk keluarkan dari simpanan ini. Buat apa melabur dalam sesuatu yang haram, susah dunia akhirat.

p/s:Lebih baik simpan dalam Tabung Haji, suci dan selamat =)



3 ulasan:

  1. memnag begitulah hakikatnya. sbnrnya persoalan ini pernah dah timbul sblm ni. mcm simpanan konvensional lain lah.

    BalasPadam
  2. http://www.synergyplanner.com/joomla/index.php?option=com_content&view=article&id=69:status-terkini-asb-dan-asn-oleh-ustaz-zaharuddin&catid=36:religious-view&Itemid=63

    BalasPadam
  3. tanpa nama 1:betul tu saudara, lebih baik guna simpanan yg berasaskan syariah...kalau dulu bolhlah kita beri alasan tidak ada bank yg guna syariah, tetapi skrng sudah bnyk bank konvensional yg menggunakan konsep syariah sperti mybank islamik dan juga cimb islamic..pilih la jalan yg selamat agar tidak menjadi haram dalam tubuh badan kita

    tanpa nama 2:syukran ye atas perkongsian =)

    BalasPadam