Rabu, 22 Disember 2010

Dinar Emas vs Ringgit Malaysia

Assalamualaikum.

Entry kali ini adalah tentang kebaikan bilamana kita mengguna sistem kewangan Islam iaitu Dinar Emas. Umum mengetahui bahawa kuasa besar ekonomi sekarang dipegang oleh negara Uncle Sam sambil dibelakangnya dibonekakan oleh yahudi laknatullah. Sekejap ekonomi naik, sekejap ekonomi merudum. Seluruh dunia bertongkatkan negara USA ini untuk 'survive' dalam bidang ekonomi.


Sistem riba yang diamalkan oleh kebanyakkan negara Barat dan juga negara Islam yang hanya pandai membontoti negara boneka yahudi itu menyebabkan ekonomi dunia sekarang terumbang-ambing. Yang kaya semakin kaya yang miskin semakin miskin. Kenapa kita tidak menggunakan sistem ekonomi Islam (Dinar Emas) yang ternyata lebih baik? Penggunaan emas sebagai mata wang lebih kukuh kerana harga emas jarang sekali turun dan naik dalam sekelip mata berbanding matawang sekarang ini. Jom kita buat perbandingan.


Contoh: Gaji Ali adalah sebanyak 3 dinar pada Jan 2009. Pada Jan 2009, 1 dinar bersamaan RM450. Kalau dalam RM, gaji Ali bersamaan 1350 dinar pada bulan itu. Katakan Ali menjual 2 dinar setiap kali menerima gajinya dan menyimpan 1 dinar. Jadi Ali mendapat RM 860.00 (430 X 2 dinar) mengikut harga beli ketika itu. Duit itu digunakan sebagai perbelanjaan bulanan.

Pada Jan 2010 pula, 1 dinar bersamaan RM550. Jadi gaji Ali pada Jan 2010 adalah sebanhyak rm1650. Seperti biasa Ali menjual dinarnya sebanyak 2 keoing dan mendapat RM 1040 )520 X 2 dinar) mengikut harga beli ketika itu dan duit itu seperti biasa untuk perbelanjaan bulanan.

Kalau nak diikutkan, gaji Ali tetap juga 3 dinar, tetapi dengan kenaikan harga emas, Ali seolah-olah mendapat kenaikan gaji sebanyak 22% dalam setahun! Dan daripada nilai dalam RM 1350, gajinya naik menjadi RM 1650. Bukankah dah naik sampai RM 300.




Bagaimana pula dengan 1 dinar yang disimpan di dalam bank setiap bulan itu? Ali menyimpan 12 keping dinar sepanjang setahun itu. Jadi jika dihitung dengan nilai semasa, 1 dinar ketika itu adalah bersamaan RM 550, jadi RM 550 X 12 keping = RM 6000!!!!

Dengan gaji pada Jan 2009 bernilai RM 1350, belanja RM 860 pada bulan itu, dalam masa yang sama boleh membuat simpanan sehingga RM 6000, bukankah itu sistem kewangan yang menguntungkan? Siapa sangka kita akan mendapat gaji tetap sebanyak 3 dinar mampu menambahkan simpanan bulanan dan meningkatkan pendapatan rumah?

"Dinar emas digunakan sebagai alat pertukaran mata wang paling selamat sekiranya berlaku ketidakstabilan politik dan pasaran. Dinar emas mempunyai nilat yang tetap dan boleh dijadikan simpanan tanpa memikirkan kehilangan nilai dan kuasa beli seperti wang kertas." Datuk Mohd. Salleh Abdul Majid (pakar ekonomi).



Itulah kehebatan sunnah Nabi yang ditinggalkan. Mengapa budaya ekonomi Barat yang menindas manusia diagung-agungkan tetapi budaya ekonomi Islam yang adil dipandang enteng oleh kita.

Abu Bakar Ibn Abi Maryan melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda " Akan tiba suatu zaman dimana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (unutk digunakan) ". Hadis dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.





6 ulasan:

  1. camne kalu nilainya menurun pulak. kat sini cerita naik je...

    BalasPadam
  2. betul.betul.betul.sistem kewangan islam boleh mengelakkan berlakunya riba,gharar n maisir n segala profit n loss pula berdasarkan profit sharing ratio.

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama:

    tidak menjadi masalah.seperti mana saya beritahu sebelum ini, harga emas sukar untuk turun nilainya tetapi cepat naik. Tetapi jika nilainya turun,kita boleh simpan dinar emas itu dan menjualnya semula ketika harga emas naik,itulah kaedah jual beli emas.

    Atikah:
    sangat setuju...itulah manfaatnya bilamana kita menggunakan sistem yang Islam sediakan. Surah Al-Baqarah 208:

    "Wahai orang-orang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam secara menyeluruh dan janganlah kamu
    mengikuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh kamu yang nyata"

    BalasPadam
  4. berminat tapi musykil12 Ogos 2012 pada 9:34 PG

    kalau saya berminat untuk beli, bagaimana urusan nya dan di mana ye??
    sy ada terdengar pendapat seorang rakan saya, kata nya adalah lebih baik bagi seorg perempuan untuk membeli emas dan menyimpan nya berbanding beli wang dinar dan dirham ni..
    macam mana tu??
    terima kasih

    BalasPadam
  5. berminat membeli dinar emas16 Februari 2013 pada 1:59 PTG

    mcmana mahu membeli dinar emas?

    BalasPadam
  6. Lagi bagus beli dlm bentuk bar atau dinar daripada beli dlm bentuk barang perhiasan sbb barang perhiasan lebih tinggi harga beli sbb termasuk upah..dan campuran logam lain dalam emas barang perhiasan lebih tinggi berbanding dlm bentuk dinar atau bar..sebab emas 999 tak sesuai untuk buat barang perhiasan kerana terlalu lembut.

    BalasPadam