Isnin, 18 Oktober 2010

Malaysia sasaran pengganas?

Dalam keadaan Malaysia yang sedang aman damai dari sebarang gangguan pengganas, tetiba kita dikejutkan dengan berita yang tidak ramai yang mengetahuinya. Malaysian sekarang berada didalam senarai negara yang menjadi sasaran para Jihadist diluar sana. Disebabkan apa? Kerana kita telah menghantar pasukan perubatan untuk membantu tentera Amerika di Afghanistan. Ini suatu berita yang cukup menakut bagi kita rakyat Malaysia yang mencintai kedamaian. Bukti? Jom lihat printscreen di bawah ini.






Hasil pertemuan PM kita dengan Obama telah membuahkan hasil yang cukup pahit bilamana Malaysia bersetuju untuk menghantar pasukan perubatan untuk membantu tentera Amerika. Yang menjadi persoalannya, sanggupkah kita menolong tentara Syaitan yang membunuh saudara seIslam kita disana? Kalau benar mahu mencari pengalaman dengan menghantar pasukan perubatan ke sana dijadikan alasan, saya mencadangkan pasukan ini ke Palestin membantu saudara seIslam kita yang kena lanyak oleh tentara Zionis Laknatullah.

Untuk mengukuhkan lagi kenyataan diatas, nah silahlah baca link berikut:

Perkara ini sangat serius dan membimbangkan kerana ianya melibatkan nyawa kita, nyawa rakyat Malaysia. Jangan hanya sekadar mahu mendapat pujian daripada Obama, nyawa rakyat Malaysia pula yang menjadi taruhan. Saya sangat berharap PM dapat menarik semula tentara kita yang berada disana, bahkan nyawa tentera kita juga berada di dalam keadaan yang cukup genting di sana.

Saya membantah penghantaran tentera Malaysia ke sana, anda bagaimana?

4 ulasan:

  1. ade sumber mngatakan pm mlaysia adalah org suruhan obama. apa pendapat anda?

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama:
    semua negara mengikut perintah dan bergantung kepada USA termasuk negara kita, (kecuali beberapa negara)maka x salah kita kata pm kita juga orang suruhan obama.(pandangan peribadi)

    BalasPadam
  3. sebarkan
    besar2an!!!!

    BalasPadam