Selasa, 24 November 2009

Kecewa terhadap admin MSU

saya secara peribadi sangat kecewa dengan pihak admin facebook MSU. Mereka sudah menampakkan belang mereka yang sebenar. Usaha-usaha untuk memadam kebangkitan suara siswa sudah nampak bilamana pihak admin MSU telah membuang update status saya pada halaman facebook MSU. kalau benar pihak admin menganggap mereka berjaya memadam suara kebangkitan siswa, mereka sudah silap. Dengan usaha mereka ini tidak mematikan semangat saya untuk memperjuangkan isu kabajikan pelajar. Satu persoalan saya, kenapa perlu mengubah 'setting' menyebabkan saya tidak boleh lagi mengupdate status di halaman facebook MSU? Saya harap ada jawapannya dari pihak yang bertanggungjawab.

Umum mengetahui bahawa pihak MSU baru sahaja mendapat perakuan akreditasi Institusi Ulung daripada badan akreditasi United Kingdom, Accreditation Service for International Colleges (ASIC),yang mana university swasta kedua di negara kita yang berjaya mendapat pengiktirafan ini.Antara kelayakan yang membolehkan sesuatu institusi pendidikan itu mendapat akretasi adalah mencatat markah lebih 80 peratus atau kepujian bagi enam daripada lapan kategori dinilai dalam audit institusi yang dijalankan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif ASIC, Maurice Dimmock, berkata enam kategori terbabit yang dinilai ialah keselamatan premis dan kesihatan, pengurusan dan sumber manusia, pengukuhan dan jaminan kualiti, kebajikan pelajar, pemasaran serta hubungan dengan jabatan kerajaan.Tambah beliau lagi, aspek utama yang dinilai adalah aspek perkhidmatan dan kebajikan pelajar.

Saya tidak jelas bagaimana penilaian tentang kebajikan pelajar diambil kira. Saya tidak mahu isu kebajikan ini hanya sekadar retorik semata-mata untuk membolehkan MSU mendapat akreditasi ini. Kalau benar isu kebajikan ini mendapat markah sehingga 80%, pihak pengurusan perlu membuktikan, tidak hanya sekadar idealisme semata-mata. Siswa sekrang sudah mampu untuk berfikir yang mana satu betul dan yang mana satu salah. Siswa sekarang sudah mampu untuk berfikir dan bukan hanya terima sesuatu perkara itu bulat-bulat.

Sebelum saya mengakhiri entry saya kali ini, saya berazam untuk terus memperjuangkan isu kebajikan pelajar walaupun mendapat pelbagai cabaran dan halangan .

BANGKIT SISWA MENUNTUT KEBAJIKAN!!

5 ulasan:

  1. Mahasiswa itu merupakan tunjang negara..
    di sinilah akan akan lahirnya bakal-bakal ayah-ibu-professional dan pemimpin...
    Jangan kerana harta dan pangkat mampu menutup kebenaran....

    Saudara Halim..
    saya percaya ramai dibelakang saudara.. ianya hanya persoalan masa dan kesabaran

    Jangan dibakar semut yang kecil hanya kerana gula yang manis.. kelak bila bersatu.. boleh membunuh!!

    BalasPadam
  2. Jangan digigit tangan yang menyuap nasi ke mulutmu...

    BalasPadam
  3. semoga berjaya!!!!

    BalasPadam
  4. uhhh...kecil2 cili api yer..

    sebelum nihh saper pon x brani nak bsuara samaada mereka(MSU) yg pekak untuk mdegar atau student yg bisu ubtuk bersuara krna bimmbang
    akn di jahit mulutnyer oleh pihak atasan atau akn singkirkan dr kolej..

    kelantangan ini mbuatkan kami tgak berdiri dan mbuka mata untuk lebih brani mempertahankan hak yang sepatutnye telah kita miliki sekian lama...

    pasti nyer ramai dibelakang halim sekarang nihh..inilah sebenarnye tanggung jawab seorang pemimpin...tapi ingat "bahawa seseorang itu akn diuji dalam perjuangannya" untuk mengukur ketabahan hatinye...jika kita berjaya pastinye "nikmat amanah" dapat kita rasakan dan jika ianye menemui kegagalan atau jalan buntu...jangan menyerah..bangun dan bangkit kembali agar kita punyai jawapan yang baik untuk diberikan pada Allah apabila kita ditanya tentang tanggungjawab kita didunia semasa dipadang mahsyar nanti..

    usaha..doa..tawakal..salam kepimpinan..

    gd luck..

    BalasPadam
  5. terima kasih atas sokongan semua...kita sebagai mahasiswa mempunyai hak untuk bersuara...


    kita tidak mahu mahasiswa dicucuk hidung, senyap seribu bahasa sedangkan kita mempunyai suara untuk diluahkan ketidakpuasan hati kita dalam menjalani kehiduapan sebagai mahasiswa...

    BalasPadam