Jumaat, 6 Mei 2011

Kopi gelatin babi

Assalamualaikum

Alhamdulillah, seperti biasa jangan lupa untuk ucapkan perkataan ini. Sebab apa ye? Sebab kita tidak mahu tergolong dalam orang yang kufur nikmat. Untuk post kali ini Penulis mahu menunjjukkan bukti bahawa kopi di Malaysia ini ada yang dicampur dengan gelatin babi. Tapi bukan semualah. Kopi yang di maksudkan ialah kopi Kluang Rail Coffee.
Kalau siapa-siapa yang tidak pernah tahu tentang Kluang Rail Coffee ni, ini gambar kedai tersebut.


Orang Islam ramai dah terkena perasa kopi babi ini




Mungkin ada juga yang ragu-ragu tentang kesahian berita ini. Tidak mengapa, sebab Penulis pun bukannya orang yang mudah percaya tentang sesuatu tanpa ada bukti yang kukuh. Di bawah ini Penulis selitkan sekali bukti kopi di kedai ini mempunyai gelatin babi.(Sila tekan pada gambar untuk besarkan gambar)







Bukti sudah ada. Kalau ada siapa-siapa yang mahu pergi lagi ke kedai Kluang Rail Coffee, batalkanlah hasrat anda yea. Mencari yang wajib itu fardu bagi kita umat Islam. Tetapi kita umat Islam zaman sekarang main hentam saja. Asalkan sedap pasti akan dimakannya tanpa mahu check halal atau tidak. Eh, lupa penulis mahu bagitahu, Penulis tak makan ferrero rochersebab tidak ada tanda halal. Tapi ada juga orang yang makan kan. "takpe, kira halallah tu". Ayat yang biasa kita dengar kan? So tepuk dada tanya lah En Iman anda.



p/s: Susah nak cari yang halal. Kalau tidak concern, pasti ketika kita berumur 50 tahun, dah seekor babi kita makan tanpa kita sedar.




2 ulasan:

  1. Salam,

    Halim, kedai kopi ni kat Kluang. Kat umah aku. Mmg kedai dia xde sijil halal pon, tp ramai org Islam dtg minum. Dulu2 dia mcm kedai kopi biasa je, sebelum femes. Bguslah anda bg info yg bernas dan hak. Teruskan perjuangan anda!

    BalasPadam
  2. wasalam...


    terima kasih acab...bersama-sama kita concern tntg isu umat Islam.

    BalasPadam