Isnin, 13 September 2010

Gambar suspek pembunuh Sosilawati

Salam.


Manusia di Malaysia semakin kejam. Berita pembunuhan seorang jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, dan bersama kenalannya benar-benar menggemparkan tanah air. Motif pembunuhan seperti yang dimaklumkan oleh pihak polis adalah berkemungkinan disebabkan persaingan perniagaan.Dipukul, dibunuh, dibakar dan seterusnya abu mayat dibuang di sungai benar-benar menunjukkan bahawa si pembunuh benar-benar seorang yang kejam. Inilah wajah suspek pembunuh seorang peguam berpangkat Datuk bersama rakan-rakan syaitannya.





Datuk Pathmanabhan

Surrendren adik kepada Datuk Panthmanabhan





Adakah Malaysia sekarang ini selamat untuk diduduki? Kadar jenayah semakin membimbingkan, pembunuhan secara kejam sudah menjadi 'tren' seumpama di negara-negara Barat. Tahniah kepada pihak polis yang telah berjaya menangkap suspek dengan cepat ( walaupun kes pembunuhan kejam model Mongolia Atlantuya yang dibunuh dan dibom sehingga kini menjadi persoalan. Pembunuh dapat ditangkap tetapi yang memberi arahan terlepas).

Selamat menyambut hari Malaysia pada 16 September ini dan moga Malaysia bebas dari jenayah kejam.






6 ulasan:

  1. hmm...macam2 kes sekarang ni....pelik2 jenis...yg dulu pon mseh lom setel lagi....sedih tgk....hrp2 kite dijauhi drpd hal2 seperti ini..

    1 malaysia.=) slmt bercuti...=)

    BalasPadam
  2. KD:

    ni x campur lagi dengan kes buang bayi,

    memng tepat jika orang yang buang bayi disabitkan dengan kesalahan membunuh bawah seksyen 302.

    slmat bercuti juga..jangan lupa keselamatan di jalan raya :)

    BalasPadam
  3. kes yg b mndpt liputan meluas...tup2 tau da dibunuh...betul ker? rs cam xcaye...kot2...ada sorok2 mana2...tp fmly mangsa msti hrpkn satu keajaibn..sbb xnmpk bukti ...tp apa2 pun di doakn fmly mangsa bersbr...terima qada n qadar...amik iktibr...mg peristiwa ni xberlaku lg..

    BalasPadam
  4. tanpa nama:

    itulah yang terjadi,harapkan ujian DNA untuk mengesahkan kalau benar mayat itu milik mereka..

    dan satu harapan saya agar jangan kita memainkan isu perkauman didalam kes ini.apa yang terjadi mungkin satu kebetulan dan yang paling penting bagaimana kita mahu mengatasi masalah jenayah yang semakin membarah ini.

    BalasPadam
  5. mmg mcm2 bole t jadi hari ini.....tapi suspek ni mmg muka mafia pun.....x ada tamadun langsung.wat manusia mcm binatang....blajo tinggi tapi otak rupa lembu.alfatihah untuk arwah datok sosilawati dan 3 rakannya.

    BalasPadam
  6. x tau nak cakap ape ...
    kalau cakap wat sakit hati je..
    tu la manusia kalau x de iman..mcm2 bole terjadi..
    bertopengkan muka yg baik tp jahat..umat akhir zaman..semoga allah s.w.t balas perbuatan mereka2 ini x kira yg membunuh,membuang,mendera n so on..

    BalasPadam