Selasa, 31 Januari 2012

Info yang perlu kita tahu

Assalamualaikum. Tiba-tiba rasa nak update blog pula jam 2 pagi ni. Mungkin dah banyak sangat berdengkur di siang hari tadi tu yang jadi payah nak tidur.Okey, kali ini Penulis nak berkongsi fakta yang berguna untuk kita. Sekurang-kurangnya kita bertambah ilmu. Betul tak?



Tidur berkualiti selepas bersenam

Kepada mereka yang suka bersenam, ini adalah perkara yang baik untuk anda. Tidak kiralah bersenam samada indoor ataupun outdoor, kajian mendapati mereka akan tidur lebih lena bilamana melakukan senaman selama 150 minit/2 jam 30 minit dalam masa seminggu. 


Tengah google gambar tidur, nampak pula gambar 'meow' comel, ambil je la

Penolong profesor dari University Bellarmine, Paul Loprinzi berkata, aktiviti fizikal bukan sahaja baik untuk bahagian pinggang dan hati, tetapi ia juga membantu kita untuk tidur.

Bahkan dalam Islam juga, digalakkan kita untuk bersenam seperti mana pepatah arab "Akal yang sihat datangnya dari tubuh badan yang sihat". Baginda Nabi juga gemar beriadah dan antara sukan kegemaran Baginda Nabi ialah menunggang kuda dan juga memanah (macam kenal je cover fb siapa ada gambar memanah.dah cukup jangan perasan).


Botak petanda kanser prostat

Ish, Penulis mula-mula terbaca takut juga, cepat-cepat tengok cermin samada rambut Penulis dah berkurang ataupun still lagi maintain. Tetap sama cuma berkurang sikit sebab baru potong hari tu =P.

Jurnal onkologi, Annals, mendedahkan golongan lelaki yang mula keguguran rambut pada usia 20 an lebeih cenderung untuk medapat kanser prostat kemudian hari. Sebelum tu, mesti pembaca nak tahu apa itu kanser prostat, bolehlah baca di disini.


Manakala kajian yang dibuat di Perancis, 388 lelaki yang dirawat untuk kanser prostat dengan kmpulan kawalan 281 lelaki yang sihat, mereka yang mempunyai penyakit itu 2 kali ganda berkemungkinan botak sejak usia 20an.

 TETAPI,...ada tapinya. Jangan risau, ini baru je kajian pertama yang mengaitkan botak dengan kanser prostat.Mungkin lepas ini ada lagi kajian yang boleh menafikan kajian ini. So, jangalah risau ye. 



Wanita bekerja malam senang dapat kencing manis?

Kajian terbaharu yang dikeluarkan oleh penelidik Harvard School of Public Health (HSPH), wanita yang bekerja mengikut syif malam berterusan terdedah kepada diabetes jenis 2 berbanding wanita bekerja pada waktu siang.

Diabetes jenis 2 ini berlaku disebabkan terlalu banyak gula dalam badan sehingga merosakkan buah pinggang dan organ lain.

Akibat kencing manis/diabetes

Para penelidik juga mendapati wanita yang bekerja syif malam juga terdedah dengan risiko obesiti yang juga boleh berkait dengan kencing manis kerana pola tidur mereka terganggu.

Lagipun bagi Penulis, tak manis dan tak elok wanita bekerja di waktu malam, nak-nak kalau mengenai isu keselamatan. Sangat bahaya. Kepada ibu bapa atau sahabat-sahabat yang tahu anak atau rakan yang bekerja malam, eloklah nasihat mereka dengan hikmah ye


p/s: apa ertinya membaca tapi tak mengamalkannya =)

2 ulasan: