Ahad, 21 Ogos 2011

Siapa yang azan di Masjidil Haram di Mekah?

Assalamaualaikum

Alhamdulillah dah hampir 2/3 Ramadhan kita telah menunaikan ibadah puasa pada kali ini. So, post pada kali ini mestilah sesuatu yang berkaitan dengan puasa. Penulis amat yakin, ketika bulan Ramadhanlah umat Islam paling peka dengan waktu sembahyang berbanding bulan-bulan yang lain. Yang paling kita peka adalah jam berapa azan Maghrib akan berkumanding, mungkin tidak salah jika Penulis katakan hampir semua umat Islam mengetahui bila masuknya waktu azan Maghrib. Tidak mengapalah, tidak ada masalah pun. Hee.

Mungkin ada yang tidak pernah terfikit, selalu kita mendengar suara azan dari Masjidil Mekah tetapi kita tidak tahu siapa dan bagaimana rupa Muazin tersebut. So, Penulis pun terasa ingin berkongsi video yang diambil dari U-Tube ketika Muazin sedang melaungkan azan di Masjidil Haram di Mekah

Rabu, 10 Ogos 2011

Pelajar Malaysia dipukul

Assalamualaikum....

Entry kali ini tentang kekecohan yang berlaku di London semenjak seminggu yang lalu. Menurut sumber yang penulis tahu, kekecohan yang berlaku disebabkan seorang lelaki telah di tembak mati oleh pihak polis di Totham, North London. Penulis hairan juga, takkanlah disebabkan kematian seorang lelaki boleh menjadi huru-hara satu Landon. Siasat punya siasat, rupa-rupanya lelaki tersebut merupakan seorang pemandu teksi dan bekerja 'sampingan' sebagai ahli kumpulan gangster disana.

Sabtu, 6 Ogos 2011

Jawatan Kosong!!

Assalamualaikum.

Baru je lepas berbuka puasa, Alhamdulillah kenyang sangat dapat makan nasi minyak hasil buatan ibu penulis sendiri. Memang tiptop =). So, untuk post kali ini, dan post sikit tentang jawatan kosong. Bukan sahaja yang menganggur, yang bekerja pun boleh 'apply' sekali. Kalau nak tahu lebih lanjut, tengoklah gambar di bawah ini.

Jumaat, 5 Ogos 2011

Kek Lapis Sarawak perasa babi

Assalamualaikum.

Di pagi Jumaat yang mulia ini, Jumaat pertama di bulan Ramadahan katakan,penulis nak berkongsi tentang info kek lapis yang sangat-sangat terkenal. Mesti semua pembaca pernah mengetahu mahupun dah makan kek lapis Sarawak. Kalau pembaca ada yang tak kenal juga, memang agak pelik juga sebab penulis pun tahu pasal kek lapis Sarawak ni. Baiklah, mungkin betul ada di kalangan pembaca yang memang tak kenal kek lapis Sarawak ni, so penulis ada meletak gambar kek tersebut dibawah ni,tengoklah dan kenal-kenallah yang mana satu kek lapis Sarawak yea.